Siri permainan video "Mortal Kombat" adalah berdasarkan mitologi yang luas. Permainan video itu bukan sahaja mencipta watak legenda tersendiri tetapi sebahagiannya diambil daripada pelbagai mitologi dari seluruh dunia.
Dalam artikel ini kami akan kupaskan mengenai watak dan latar belakang permainan ini yang diambil daripada mitos sebenar. Selain itu, kami akan membentangkan aspek paling releven yang terdapat dalam Mortal Kombat.
BESARKAN TEKS A- A+
Kepelbagaian alam
Mortal Kombat telah memperkenalkan idea mengenai kepelbagaian alam. Wakil-wakil dari setiap alam ini perlu bertarung menentang pejuang daripada Outworld sekiranya ingin menguasai dan mengawal kesemua alam itu.
Dalam jalan cerita permaian video ini, Earth Realm dianggap sebagai hadiah utama dalam pertarungan Mortal Kombat kerana ia merupakan "Permata Alam Semesta".
Yggdrasil
Namun, idea mengenai kepelbagaian alam ini bukanlah sesuatu yang baru malah ianya agak kuno. Kaum Norse Lama atau lebih dikenali sebagai Viking telahpun berbicara mengenai sembilan alam asas di dalam mitologi mereka. Salah satu alam dalam mitologi Viking adalah Midgard, nama bagi Alam Dunia di mana manusia tinggal.
Sementara itu, penghuni alam lain ada yang bersahabat dengan manusia seperti tuhan-tuhan di Asgard. Manakala sebahagian yang lain pula bermusuhan dengan manusia seperti gergasi di Jotunheim. Kesemua sembilan alam dalam mitos Norse Lama ini dihubungkan oleh cabang-cabang pokok dunia yang bernama Yggdrasil.
Walau bagaimanapun, mitologi Norse bukanlah satu-satunya sistem kepercayaan yang berbicara mengenai kehidupan di alam lain. Banyak lagi kebudayaan dan agama lain juga bercakap mengenai kehidupan alam lain selain alam manusia.
Reptilia dan Banshee
Reptile Mortal Kombat
Bagaimanakah jika sejenis makhluk seakan-akan manusia yang berevolusi daripada reptilia di planet lain di mana bencana alam tidak menyebabkan dinosaur pupus? Ini adalah prinsip bagi salah satu watak Mortal Kombat iaitu Reptile dicipta. Di dunia Reptile, makhluk reptilia ini hidup maju dan mereka mempunyai kepintaran seperti manusia serta ketamadunan yang canggih.
Walaupun mereka adalah pahlawan yang kuat, akan tetapi dunia reptilia ini akhirnya telah ditawan oleh alam Outworld. Teori mengenai makhluk reptilia seakan-akan manusia ini sememangnya menjadi tarikan dan sering diadaptasi di dalam banyak permainan video yang lain.
Banshee Ireland dan Queen Sindel
Dalam Mortal Kombat, watak Queen Sindel adalah seorang yang berasal daripada alam Edenia. Dia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan makhluk bernama Banshee yang merupakan makhluk mitos yang berasal daripada Ireland.
Makhluk ini dikatakan akan menjerit dengan sangat kuat apabila salah seorang daripada puak di Ireland meninggal dunia. Di dalam mitos di Ireland, Banshee digambarkan sebagai seorang wanita dengan rambut yang panjang dan bermata merah. Sama seperti Banshee, Queen Sindel memiliki rambut panjang dan mempunyai kuasa jeritan yang dapat memanipulasi pihak lawan.
Ahli sihir menyedut jiwa
Shang Tsung
Dalam bahasa Latin, sihir berkaitan dengan istilah "maleficium" yang merujuk kepada "salah laku" atau "kerosakan". Manakala dalam permainan video Mortal Kombat pula, sihir berkait rapat dengan ilmu hitam.
Satu watak ahli sihir yang terkenal dari alam Outworld ialah Shang Tsung. Dia diketahui menyedut roh atau jiwa pihak lawan yang tewas melalui langkah akhirnya (fatality). Pada asalnya, Shang Tsung adalah seorang manusia tetapi telah mempelajari ilmu hitam daripada Maharaja Shao Khan.
Shao Kahn
Setelah menyedut banyak jiwa sepanjang abad, Raiden menjelaskan bahawa menghadapi Shang Tsung bukanlah seperti berhadapan dengan seorang tetapi segerombolan tentera. Namun, idea mengenai pengambilan jiwa ini sebenarnya adalah telah lama wujud. Banyak agama dan budaya menceritakan tentang Iblis yang dikatakan akan menuntut jiwa seseorang melalui perjanjian ilmu hitam.
Salah satu idea lagi ialah mengenai pengambilan Chi atau tenaga dalaman. Dalam mitologi Cina, Jiang Shi adalah sejenis pontianak yang memakan tenaga dalaman manusia sama seperti mana Shang Tsung menyerap jiwa pihak lawan yang kalah dalam pertempuran.
Penjelmaan semula
Quan Shi dan Strigoi
Dalam permainan video Mortal Kombat, Netherworld merupakan salah satu alam yang digambarkan seperti Neraka yang diperintah oleh ahli sihir bernama Quan Chi. Akibat campur tangan Quan Chi, beberapa orang pahlawan Mortal Kombat telah bertukar menjadi pahlawan revenant atau jelmaan semula.
Watak-watak revenant di dalam Mortal Kombat dipercayai telah dihidupkan kembali untuk menghantui watak yang masih hidup dan membalas dendam. Kepercayaan ini masih menebal di kalangan masyarakat pendalaman di Romania. Mereka menggelar revenant sebagai "strigoi". Strigoi dipercayai bangun daripada kubur untuk menghantui ahli keluarga mereka yang pernah menginayai mereka semasa hidup.
Raijin dan Fuujin
Raiden
Dalam Mortal Kombat, Raiden merupakan Dewa guruh dan kilat manakala Fujin pula mempunyai kuasa untuk mengawal angin. Raiden adalah pelindung Earth Realm dan dia juga seakan mentor kepada para pejuang dari Earth Realm yang akan bersaing dalam kejohanan menentang Outworld.
Fujin
Idea watak Raijin ini diambil daripada mitologi Jepun iaitu Raijin. Raijin merupakan tuhan guruh, kilat dan ribut. Kisah mengenai Raijin boleh dikesan seawal permulaan agama Shinto.
Raijin juga sering dikaitkan dengan Fuujin iaitu dewa angin dan merupakan dewa Shinto yang tertua. Dia sering digambarkan dalam kisah mitologi sebagai ahli sihir jahat. Kedua-dua entiti itu sering digambarkan bersama dalam kisah kepercayaan agama yang paling ramai penganut di Jepun itu.
Raijin dan Fuujin
Berikut adalah beberapa contoh watak utama siri permainan video Mortal Kombat yang diilhamkan daripada kisah mitologi. Pada hakikatnya, kisah Mortal Kombat adalah lebih kompleks dan perlu diteliti dengan lebih terperinci lagi.
Rujukan:
1. MK Secret