Ketika artikel ini ditulis, sudah banyak syarikat yang berlumba-lumba menghasilkan vaksin COVID-19. Malah, sudah ada beberapa syarikat yang mempunyai calon vaksin yang menunjukkan kesan yang memberangsangkan.

Malah, Khairi Jamaluddin selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan bahawa kerajaan sudah menandatangi perjanjian dengan beberapa pengeluar vaksin bagi membolehkan kerajaan Malaysia mendapat akses awal ke atas vaksin yang akan dipasarkan kelak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagi kebanyakan daripada kita, ini tentulah perkara yang menggembirakan. Dengan vaksin, diharapkan kita boleh hidup bebas seperti sedia kala seperti sebelum kewujudan pandemik COVID-19 ini. Namun, berlainan pula dengan kumpulan penentang anti-vaksin.

Selama berbulan-bulan, ahli teori konspirasi dan anti-vaksin telah menyebarkan maklumat yang salah mengenai vaksin COVID-19. Salah satu tuntutan palsu yang paling meluas mendakwa pengasas dan dermawan Microsoft Bill Gates merancang untuk menggunakan vaksin tersebut untuk menanam orang awam dengan mikrocip penjejak lokasi dalam vaksin tersebut.

Ancaman kepada usaha kerajaan

bill gates vaksin 198

Dakwaan ini sebenarnya tidak berasas. Malah, Bill Gates sendiri pernah membahas teori konspirasi ini pada bulan Jun yang lalu, memberitahu wartawan bahawa dakwaan itu sangat pelik sehingga dianggapnya sangat lucu. Malah, pengguna Twitter juga telah menjadikan mitos ini sebagai meme.

Namun menurut Bill Gates, usaha menafikan perkara ini juga bukanlah mudah memandangkan semakin ramai yang percaya dan menyebarkan propaganda ini sehingga ia kedengaran seperti benar. Dan mitos-mitos sebeginilah yang merungsingkan ahli perubatan sebenar.

Menurut Dr. Anthony Fauci, seorang pakar rawatan penyakit berjangkit di Amerika Syarikat, bagi membolehkan rakyat Amerika Syarikat kembali hidup normal, 75 hingga 85 peratus daripada rakyatnya perlu di vaksin untuk mewujudkan herd immunity. Ketika ini, lebih 18 juta kes dilaporkan di Amerika Syarikat sahaja dan lebih 300 ribu sudah terkorban.

Teori konspirasi mengenai vaksin ini menimbulkan ancaman terhadap kepercayaan masyarakat terhadap pengambilannya yang sangat penting. Tuntutan bahawa vaksin mengandungi mikrocip yang dapat mengesan lokasi orang atau mengenal pasti siapa yang telah divaksin adalah palsu dan berdasarkan maklumat yang salah.

Asal-usul mitos

mikrocip vaksin 434

Persoalannya, daripada manakah asal-usulnya dakwaan mengarut sebegini?

Semuanya dipercayai bermula daripada sebuah potongan video yang telah disunting dan diambil luar daripada konteks sebenar yang memaparkan sebuah wawancara di kaca televisyen. Daripada situ, video yang disunting itu viral di media sosial sehingga wujudnya konspirasi teori mengenai kewujudan mikrocip dalam vaksin itu.

Video yang telah disunting itu boleh dilihat disini. Video tersebut yang sudah mendapat puluhan ribu SHARE dipercayai antara yang terawal mencetuskan konspirasi ini. Video itu memaparkan sebahagian daripada wawancara siaran CBN bersama Jay Walker, Ketua Eksekutif pembuat jarum suntikan Apiject, di mana beliau bercakap mengenai label yang mempunyai barkod untuk vaksin.

Dalam video wawancara asal, jelas bahawa label dengan barkod ini merupakan satu pilihan dan cip RFID yang dimaksudkan akan dilekatkan di bahagian luar picagari, tidak disuntikkan bersama dengan isinya.

Cip ini dirancang berfungsi sebagai sekuriti tambahan bagi membezakan vaksin sebenar dari dos palsu dan mengetahui sama ada ia sudah tamat tarikh luput. Penggunaan label khas ini juga membolehkan doktor mengetahui bilakah suntikan vaksin tersebut dibuat.

vaksin mikrocip

Steve Hofman, seoorang jurucakap daripada syarikat Apiject walau bagaimanapun mengatakan buat masa ini tiada mana-mana pengeluar vaksin meminta mereka menghasilkan label khas tersebut dengan mereka setakat ini. 

Video yang dikongsi di Facebook itu juga mengandungi klip Bill Gates yang telah disunting dengan jelas yang kelihatan seperti beliau mengatakan "innovations like vaccines, we need a measuring system that tracks the vaccine".

Setelah dikaji oleh pihak Reuters, rupanya video asal adalah ucapan Bill Gates pada tahun 2013 dalam sebuah forum berkaitan kewangan dimana beliau menyebut bahawa vaksin sebagai sebuah inovasi dan kemudian meminta sebuah sistem kewangan dibangunkan, bukannya berkaitan dengan pengedaran vaksin.

Mahukan penjeleasan yang lebih mendalam? Kami sarankan anda baca sendiri artikel "Fact check: RFID microchips will not be injected with the COVID-19 vaccine, altered video features Bill and Melinda Gates and Jack Ma" di laman Reuters.

Apakah kandungan vaksin COVID-19?

vaksin covid 19 207

Nampaknya kita tidak lagi perlu berteka-teki mengenai kandungan vaksin COVID-19 yang dibangunkan. Salah satu syarikat pembangun vaksin, Pfizer sebenarnya telahpun mengeluarkan kepada umum senarai bahan yang digunakan untuk membangunkan vaksin mereka - mikrocip bukanlah salah satu daripadanya.

Bahan aktif dalam vaksin ini adalah sedikit bahan genetik virus yang disebut messenger RNA atau mRNA. mRNA bertindak sebagai "beg peninju genetik bagi tubuh untuk belajar bagaimana melawan protein yang membantu COVID-19 menyerang sel kita".

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui isi kandungan vaksin yang dibangunkan oleh syarikat Pfizer dan Moderna, anda boleh mengklik pautan dari laman FDA di bawah:

Untuk makluman, FDA merupakan akronim bagi Food and Drug Administration di Amerika Syarikat. FDA merupakan sebuah organisasi kerajaan yang bertanggungjawab untuk melindungi kesihatan awam dengan memastikan keselamatan, keberkesanan dan keselamatan ubat-ubatan manusia dan veterinar, produk biologi dan alat perubatan; dan memastikan keselamatan bekalan makanan, kosmetik dan produk yang memancarkan radiasi.

Kredit:

  1. Science Alert
  2. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)