Hidup kita tak pernah lari daripada kontroversi. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah ke tahap pentadbiran kerajaan dan perang dunia.

Ada di antara teori-teori konspirasi boleh dikatakan masuk akal dan disertakan dengan bukti, namun disangkal oleh organisasi yang lebih berpengaruh.

Dan juga terdapat teori yang direka semata-mata untuk menghangatkan berita. iluminasi.com kongsikan 5 konspirasi terbesar dalam tahun 2017.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Insiden tembakan Las Vegas

insiden tembakan las vegas

Khabar angin terus tersebar selepas seorang lelaki di Las Vegas Strip melakukan tembakan terbuka pada 1 Oktober 2017 yang membunuh hampir 60 orang dan mencederakan beratus-ratus lagi.

Antaranya adalah terdapat beberapa penembak yang melakukan tembakan daripada beberapa tingkat berlainan, dan teori lain mendakwa bahawa pengawal keselamatan turut bersubahat.

Dan teori yang paling mengejutkan adalah seperti yang berlaku dalam siri tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat, ia merupakan satu insiden palsu yang dilakonkan oleh pelakon yang dibayar untuk berpura-pura menjadi mangsa dalam usaha untuk menghapuskan hak memiliki senjata api.

Namun kesemua teori-teori ini dengan pantas didedahkan ketidakbenarannya, walaupun motif sebenar penembak masih menjadi misteri.

Sebulan kemudian, Sheriff Clark County memberitahu Los Angeles Times bahawa penembak itu adalah seorang penjudi yang kerugian sebahagian besar daripada hartanya dan menunjukkan tanda-tanda ketidakstabilan mental.

Walaupun begitu, teori-teori terus wujud termasuklah salah satu daripadanya yang mendakwa bahawa mereka yang terselamat daripada insiden tersebut dibunuh secara sistematik kemudiannya.

2. Siri taufan

kerosakan akibat taufan irma

Apabila satu siri taufan besar-besaran melanda Amerika Syarikat pada bulan Ogos dan September, teori-teori konspirasi dan kisah palsu juga turut wujud.

Satu teori yang sangat popular dan juga sudah lama wujud menuduh bahawa Amerika Syarikat terlibat dalam "perang cuaca" dengan menggunakan Program Penyelidikan Aurora Aktif Tinggi-Frekuensi (HAARP) untuk menghasilkannya.

HAARP adalah satu lagi alat yang menjadi teori konspirasi teori, didakwa terlibat dalam segala hal daripada menghasilkan taufan sehinggalah mengawal minda.

Mereka yang skeptik mengatakan HAARP adalah sebuah pemancar frekuensi rendah yang tidak mempunyai kuasa untuk menghasilkan taufan atau membelenggu minda.

Malah, HAARP bukan lagi satu fasiliti kerajaan setelah "didermakan" kepada Universiti Alaska Fairbanks pada tahun 2015. Jika HAARP merupakan senjata perang cuaca yang tersangat dahsyat, kerajaan AS mungkin tidak akan memberikannya begitu sahaja.

Dari sisi lain, seorang pengulas konservatif cuba menidakkannya sebagai satu berita palsu, menuduhnya untuk mendorong agenda perubahan iklim. Teori ini dikeluarkan oleh Rush Limbaugh yang mendakwa Taufan Irma jauh lebih lemah daripada laporan awal yang dikeluarkan.

3. Bitcoin

bitcoin 288

Adalah tidak mengejutkan untuk mengetahui bahawa mata wang kripto dalam talian, Bitcoin adalah penjana penipuan dan khabar angin yang prolifik.

Lagipun, tiada siapa yang tahu individu yang bertanggungjawab membangunkan mata wang ini, hanya segelintir sahaja yang memahami bagaimana ia berfungsi dan nilainya berubah dengan begitu mendadak disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak terkawal, dikawal oleh kuasa yang tidak diketahui.

Ini bermakna topikl ini menjadi tumpuan teori konspirasi. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku? Ketika nilainya semakin melonjak, seorang penganalisa kewangan menulis:

"Kerajaan kini sedang dalam proses menilai ruang mata wang kripto dan menggunakan bitcoin sebagai kes ujian utama, sebelum menghancurkan mata wang persendirian secara keseluruhan, kemudian menggantinya dengan satu "bitcoin" yang diberi kuasa oleh kerajaan,".

Teori konspirasi yang agak popular pada tahun 2017 adalah pencipta misteri tersebut sebenarnya adalah NSA atau Elon Musk, yang mana dihasilkan untuk mengambil alih dunia.

Tetapi penjelasan yang paling mungkin untuk nilai Bitcoin yang tinggi adalah bahawa ia adalah gelombang yang didorong oleh pemasaran yang akan semakin merudum apabila tidak lagi mendapat perhatian orang ramai, satu kegilaan aset yang telah berlaku banyak kali dalam sejarah.

4. Melania Trump palsu

melania trump palsu

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagaikan magnet bagi teori konspirasi dari kedua-dua arah iaitu bertentangan dengan dan menyokong pentadbirannya.

Namun, tak ada teori konspirasi yang paling dahsyat seperti mana dakwaan bahawa wujudnya "double" atau Melania Trump yang palsu, berdiri di sebelah Donald Trump.

Kurangnya penampilan awam oleh First Lady Amerika Syarikat ini dan sikap acuh tak acuh membuatkannya menjadi sasaran gosip dan khabar angin yang mudah.

Pada Oktober 2017, seorang pengguna Facebook telah memaparkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan penampilan Melania ketika berdiri di sebelah Donald Trump dalam satu temu bual di hadapan wartawan.

Terdapat juga di antara mereka yang mendakwa bahawa hidung, rambut dan mulut Melania kelihatan sangat berbeza.

Tak lama kemudian, kecoh berkenaan khabar angin bahawa Melania telah "digantikan" oleh seseorang, sama ada untuk membantunya mengelak daripada perhatian masyarakat atau kerana dia telah berpisah dengan Donald Trump.

Teori ini bergantung kepada beberapa imej berkualiti rendah yang kelihatannya diambil oleh seseorang yang membuat penggambaran skrin televisyen mereka dan dengan pantas dihapuskan sebagai berita palsu yang sinis.

Tetapi selama beberapa hari ia menarik perhatian hampir setiap saluran berita utama di Amerika Syarikat.

5. Kerajaan bayang-bayang Obama

barrack obama 871

Adakah Barack Obama mengawal "orang besar" birokrat dan pegawai perisikan dalam mentadbir kerajaan mini untuk menjatuhkan pentadbiran Donald Trump?

Ini adalah tanggapan disebalik "Kerajaan bayang-bayang Obama" dalam usaha untuk menghancurkan Donald Trump.

Pakar konservatif dan ahli politik telah mendakwa Obama dan pegawai yang dilantiknya, secara terbuka dengan menuduh membocorkan maklumat yang memalukan, menipu penyiasatan Rusia dan merancang rampasan kuasa melalui FBI.

Namun, tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan dan tuduhan ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)