Oleh pada 12 Sep 2020 kategori

sandra dianne kemalangan 278

Kredit foto: Facebook Ibu Sandra Dianne

    

Ibu Allahyarham penyanyi, Sandra Dianne, Nor Syakinah mendedahkan momen terakhir bersua muka dengan arwah anaknya sebelum penyanyi itu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Nor Syakinah berkata, Sandra ada membuat permintaan untuk mendapatkan baju putih lengan panjang bagi dibawa ke raptai penuh Konsert Keempat (Minggu 4) Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Pagi sebelum dia ke latihan penuh, saya kejutkan untuk dia mandi sebelum air tiada. Selepas mandi dan bersiap, seperti biasa dia akan luangkan masa dulu bersama adiknya.

"Selepas itu dia salam saya dan ayah dia. Sewaktu keluar bilik dia patah balik dan tanya saya jika ada baju putih lengan panjang. Saya cakap tiada, cuma yang ada hanya inner warna putih. Dia cakap tidak apa. Saya macam tak puas hati, saya cari lagi baju putih di almari lain dan jumpa. Dia pun bawa baju itu. Ketika itu perasaan saya sudah lain," ujarnya seperti dilaporkan Harian Metro.

Nor Syakinah berkata, dia sempat menerima pelukan dan ciuman terakhir arwah sambil melayangkan kata-kata semangat buatnya.

"Sebelum dia keluar rumah, saya tunggu di ruang tamu dan berikan dia kata semangat untuk buat persembahan terbaik. Dia pun minta saya doakan untuknya. Selepas salam dan peluk cium, saya pesan untuk memandu berhati-hati.

"Ketika dalam kereta, dia sempat cakap 'bye mama, jangan lupa tutup 'gate'. Itulah perbualan terakhir kami," katanya

Penyanyi lagu Hey Kau itu meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada Jumaat, jam 1 pagi, selepas terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama lima hari.

Sementara itu, Nor Syakinah memberitahu, jenazah telahpun dimandi, kapan dan disembahyangkan di Hospital Putrajaya sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah untuk urusan pengebumian.

Nor Syakinah meluahkan rasa pilu mengenangkan pemergian anak yang berlaku dalam sekelip mata.

    

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: Ibu Sandra Dianne Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Pada Anaknya Di ICU Selepas Kemalangan

Baca: "Sebelum Meninggal Dunia.." - Ini Rupanya Berlaku Sebelum Sandra Dianne Hembuskan Nafas Terakhir Selepas 6 Hari Kemalangan

Baca: Cikgu Shafi Dedah Beberapa Peristiwa Seminggu Sebelum Sandra Dianne Kemalangan

Baca: Sandra Dianne Meninggal Akibat Kemalangan, Ada Sesuatu Ingin Diperkatakan Neeta Manisha

Baca: "Selepas Kemalangan, Sandra Dianne Sebenarnya Sudah Stabil, Tapi.."

Baca: Usop Dedah Kenangan Bersama Sandra Dianne Sebelum Kemalangan Yang Ramai Tak Tahu

    

kemalangan sandra 3

Kredit foto: Facebook Ibu Sandra Dianne

   

"Sebagai ibu mestilah sedih sebab kehilangan anak yang menyayat hati. Dia hilang sekelip mata.

"Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudahkan Allah SWT. Semuanya lancar dari hospital sehinggalah tiba di Sabah petang tadi.

"Di hospital jenazah dimandi, dikapan dan disembahyangkan. Setibanya di kampung pun jenazah disembahyangkan sekali lagi," katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan dalam lingkungan jam 6 petang semalam.

   

Sumber berita: 'Kehilangan anak yang menyayat hati' - Ibu Allahyarham Sandra

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)