Oleh pada 13 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Neeta Manishaa & Instagram Sandra Dianne

    

Penyanyi, Neeta Manisha, 26, antara yang tidak ketinggalan untuk memperkatakan sesuatu membabitkan pemergian Allahyarham Sandra Dianne.

Menyifatkan pemergian sahabat baiknya itu sebagai satu kehilangan yang besar, Neeta menganggap arwah sebagai seorang insan yang berjiwa besar dan baik budi pekertinya.

Malah, Neeta berkata, terdapat banyak perkara yang pernah dirancang bersama arwah yang sudahnya tidak kesampaian.

   

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: "Sebelum Meninggal Dunia.." - Ini Rupanya Berlaku Sebelum Sandra Dianne Hembuskan Nafas Terakhir Selepas 6 Hari Kemalangan

Baca: Ibu Sandra Dianne Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Pada Anaknya Di ICU Selepas Kemalangan

Baca: Cikgu Shafi Dedah Beberapa Peristiwa Seminggu Sebelum Sandra Dianne Kemalangan

Baca: Sebelum Kemalangan, Ini Permintaan Terakhir Sandra Dianne.. Petanda Bakal 'Pergi'?

Baca: "Selepas Kemalangan, Sandra Dianne Sebenarnya Sudah Stabil, Tapi.." 

Baca: Usop Dedah Kenangan Bersama Sandra Dianne Sebelum Kemalangan Yang Ramai Tak Tahu

    

sandra kemalangan

Kredit foto: Instagram Neeta Manishaa

    

"Walaupun terpaksa menahan kesedihan, saya bersyukur sempat berada di sisi arwah sewaktu saat-saat terakhirnya. Saya sempat peluk cium, memegang tangan dan bercakap kepadanya.

"Mana saya nak cari sahabat seperti Sandra? Dia adalah satu dalam sejuta. Setiap kali lepak dengannya, saya memang sangat menyenangi keperibadiannya yang sangat mulia.

"Bahkan, dia sepatutnya antara orang penting yang wajib hadir jika saya berkahwin suatu hari nanti. Banyak perkara lain lagi yang tidak kesampaian untuk dilakukan bersama arwah," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sementara itu, Neeta akui apa yang berlaku memberi impak yang sangat besar, namun dalam masa sama tetap reda dengan ketentuan takdir yang sudah ditetapkan.

"Sejujurnya, saya masih dalam proses menenangkan hati untuk menerima kenyataan ini. Saya terlalu rindukan Sandra dan masih belum puas meluangkan masa bersamanya dalam persahabatan kami.

"Sepatutnya masih banyak yang lebih besar menantinya di hadapan namun dia pergi terlalu awal. Apapun, saya mohon semua agar mendoakan rohnya tenang di sana," katanya.

Terdahulu, Sandra yang cukup dikenali menerusi lagu Hey Kau itu terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu ketika dalam perjalanan ke Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya untuk menjayakan raptai penuh Konsert Keempat (Minggu 4) Big Stage 2020.

Beliau meninggal dunia pada 11 September selepas lima hari bertarung nyawa, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada hari sama dalam lingkungan jam 6 petang.

    

Sumber berita: 'Sempat peluk, cium arwah' – Neeta

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)