Oleh pada 12 Sep 2020 kategori

sandra dianne kemalangan 445

Kredit foto: Instagram Sandra Dianne

    

Berkesempatan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sandra Dianne di Hospital Putrajaya pada awal pagi Jumaat, penyanyi Zizi Kirana berkongsi momen terakhir sebelum bintang Big Stage 2020 itu menghembuskan nafas terakhir.

Kata Zizi, dia terlebih dahulu dikhabarkan tentang pemindahan arwah ke Unit Rawatan Koronari (CCU) pada pagi Khamis.

Penyanyi Hey Kau itu bagaimanapun mula kritikal sejak jam 11 malam.

   

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: Ibu Sandra Dianne Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Pada Anaknya Di ICU Selepas Kemalangan

Baca: Cikgu Shafi Dedah Beberapa Peristiwa Seminggu Sebelum Sandra Dianne Kemalangan    

Baca: Sebelum Kemalangan, Ini Permintaan Terakhir Sandra Dianne.. Petanda Bakal 'Pergi'?

Baca: Sandra Dianne Meninggal Akibat Kemalangan, Ada Sesuatu Ingin Diperkatakan Neeta Manisha 

Baca: "Selepas Kemalangan, Sandra Dianne Sebenarnya Sudah Stabil, Tapi.." 

Baca: Usop Dedah Kenangan Bersama Sandra Dianne Sebelum Kemalangan Yang Ramai Tak Tahu

   

kemalangan sandra dianne 50

Kredit foto: Instagram Zizi Kirana

    

"Sehari sebelum kemalangan, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

"Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah arwah dipindahkan ke CCU. Cuma, dua hari lalu seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob (pengurus) mengenai keadaan Sandra.

"Pada jam 11 malam, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan kritikal dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital," katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Zizi menyifatkan arwah sebagai seorang yang baik hati sepanjang mengenalinya dalam tempoh dua tahun, selepas kolaborasi mereka menerusi lagu Terkemuka.

"Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat 'best' berkawan dengannya.

"Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke ICU.

"Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu," katanya.

Kongsi Zizi lagi, sebelum meninggal dunia, ibu Sandra mengatakan arwah terlebih dahulu mengalirkan air mata.

"Ibu arwah cakap, sebelum disahkan meninggal, arwah menitiskan air mata," katanya.

Terdahulu, peserta Big Stage musim ketiga itu berada di ICU hospital berkenaan rentetan kemalangan jalan raya yang dialami pada Sabtu lalu, ketika dalam perjalanan ke raptai penuh Konsert Keempat (Minggu 4) Big Stage.

Jenazah dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah, petang tadi.

    

Sumber berita: Air mata terakhir Sandra...

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)