Oleh pada 12 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Cikgu Shafi & Instagram Sandra Dianne

    

Guru vokal Big Stage 2020, Cikgu Shafi menceritakan beberapa peristiwa dan momen yang berlaku antaranya dan Allahyarham Sandra Dianne seminggu sebelum penyanyi itu berdepan kemalangan.

Menurut Shafi atau nama lengkapnya, Shafizawati Sharif, pertemuan mereka yang hanya sekitar empat minggu dirasakan seperti 26 tahun iaitu selama usia arwah. Shafi seakan sudah mengenali penyanyi lagu Hey Kau itu dalam tempoh yang cukup lama.

   

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: Ibu Sandra Dianne Dedah Apa Sebenarnya Berlaku Pada Anaknya Di ICU Selepas Kemalangan

Baca: "Sebelum Meninggal Dunia.." - Ini Rupanya Berlaku Sebelum Sandra Dianne Hembuskan Nafas Terakhir Selepas 6 Hari Kemalangan

Baca: Sebelum Kemalangan, Ini Permintaan Terakhir Sandra Dianne.. Petanda Bakal 'Pergi'?

Baca: Sandra Dianne Meninggal Akibat Kemalangan, Ada Sesuatu Ingin Diperkatakan Neeta Manisha

Baca: "Selepas Kemalangan, Sandra Dianne Sebenarnya Sudah Stabil, Tapi.." 

Baca: Usop Dedah Kenangan Bersama Sandra Dianne Sebelum Kemalangan Yang Ramai Tak Tahu

    

sandra dianne 143

Kredit foto: Instagram Cikgu Shafi

    

"Sebenarnya selepas konsert Big Stage minggu ketiga, Arwah sangat down. Saya tak berjumpa dengannya sehinggalah pada hari Khamis ketika kami ada sesi one-on-one di Studio.

"Ketika bersama arwah, hampir sejam dia menangis. Dia sangat kecewa dengan 'haters' yang meninggalkan komen-komen. Ada yang menghantar Direct Message (DM) menyebabkan dia rasa sangat teruk. Sejam dia meluahkan perasaannya," kata Shafi menurut laporan Astro Gempak.

Sebelum berdepan tekanan akibat komen 'haters' susulan konsert minggu ketiga, Shafi menyifatkan arwah sebagai seorang yang berfikiran positif, sentiasa tenang dan mudah mengikut ajarannya.

"Selepas tenang, saya habiskan masa tersebut dengan latihan kerana mahu dia melupakan hal tersebut. Saya susun kerusi, minta dia menyanyi di atas kerusi dan tunjukkan bahawa dia mampu melakukan yang terbaik. Dia nampak kembali okay, tapi pada masa yang sama dia memberitahu saya bahawa perasaan sayu itu masih ada di dalam hatinya.

"Pada pagi Jumaat, saya teruskan motivasi saya untuk dia melalui WhatsApp. Saya beritahu saya ada bersama dengannya dan saya hantarkan lagu 'Sakit' sebagai pembangkit semangat untuk dirinya. Dia balas dengan ayat 'I Love You, Cikgu'," kata Shafi yang mula mempamerkan kesedihan.

Sambung Shafi, pada sebelah malamnya, dia meneruskan komitmen menerusi latihan bersama Sandra dalam panggilan video.

"Hampir pukul 1 pagi dan kami berlatih lebih 45 minit melalui panggilan video. Ketika itu dia kelihatan gembira dan tenaga yang diberikan juga bagus. Nampak macam Sandra yang biasa, happy dan ada energy.

"Sepupunya ada bersama ketika itu dan turut merakamkan latihan yang dibuat supaya boleh dilihat kembali selepas habis sesi kami," katanya.

Begitupun, kata Shafi, itulah momen terakhir dia bersama arwah sebelum mendapat tahu tentang berita kemalangannya sewaktu dalam perjalanan ke sesi latihan di Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

      

kemalangan sandra

Kredit foto: Instagram Cikgu Shafi

   

"Pagi semalam (Jumaat) ketika bangun jam 5:00 pagi, saya dapat banyak WhatsApp dan mendapat berita sedih bahawa Allahyarham meninggal dunia dalam pukul 1:00 pagi. Saya dan suami bergegas ke hospital.

"Sampai di hospital, saya bertemu dengan Ara Johari dan terus ke bilik mayat bersama suami. Ada empat lima orang di dalamnya dan saya menjadi orang terakhir melihat wajah Allahyarham di dalam bilik tersebut.

"Wajah Allahyarham cukup bersih, tenang dan tidak ada sedikit calarpun pada wajahnya. Sangat bersih..." kata Shafi yang menghentikan seketika perbualan.

Apabila emosinya mula reda, Shafi menyambung, dia masih dalam proses untuk mendapatkan jawapan berhubung pertemuannya dengan wanita itu.

"Kami kemudiannya solat jenazah bersama. Hanya saya seorang perempuan di situ. Yang ada bersama adalah suami saya, ayah tiri Allahyarham, seorang ustaz dan seorang lagi yang mungkin juga saudara kepada Allahyarham.

"Kemudian semua yang lelaki keluar, dan saya solat subuh seorang diri di bilik tersebut bersama jenazah di sisi saya. Ketika berdoa, banyak perkara yang bermain di kepala saya, dan saya bertanya pada diri apa tujuan jodoh pertemuan dan ajal ini kepada saya?" kata Shafi.

Beritahunya lagi, dia dimaklumkan oleh sepupu Allahyarham yang dirinya adalah idola kepada Sandra, selain keinginan Sandra yang cukup kuat untuk mendapatkan ilmu daripadanya.

"Cikgu Shafi idola Sandra dan dia berdebar-debar nak jumpa Cikgu Shafi. Dia cakap macam nak jumpa bakal suami. Itu yang diberitahu oleh sepupu Allahyarham kepada saya.

"Semua orang ingat cikgu tahu semua perkara dan jadikan idola, tapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Allahyarham adalah idola saya. Saya tidak pernah kenal dia sebelum Big Stage. Kali pertama berjumpa kerana program ini, dan kali terakhir saya menatap wajahnya juga kerana ini. Mungkin ada rahsia Allah SWT buat saya yang saya tidak ketahui," ujar Shafi menamatkan perbualan.

Terdahulu, Allahyarham Sandra Dianne terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu sewaktu dalam perjalanan menuju ke PICC Putrajaya untuk raptai penuh Konsert Big Stage Keempat (Minggu 4).

Beliau kemudiannya meninggal dunia pada pagi 11 September selepas lima hari bertarung nyawa, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Sabah pada petang Jumaat.

   

Sumber berita: "Selepas Konsert Minggu Ketiga Allahyarham Sangat Down..." - Cikgu Shafi

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)