Oleh pada 08 Sep 2020 kategori

sandra dianne kemalangan

Kredit foto: Instagram Sandra Dianne

   

Nor Syakinah yang merupakan ibu kepada penyanyi Sandra Dianne, meminta supaya foto anaknya yang sedang berada di unit rawatan rapi (ICU) tidak lagi disebarkan bagi mendapatkan publisiti.

Katanya, apa yang dipinta kini agar orang ramai dapat mendoakan peserta Big Stage musim 2020 itu supaya menerima kekuatan untuk berhadapan dengan dugaan yang sedang ditempuhi.

"Bantu saya untuk tidak menyebar luaskan lagi gambar-gambar yang tersebar sejak kelmarin. Ia tidak mendapat kebenaran daripada saya dan juga ahli keluarga terdekat.

"Saya pasti anak saya Sandra Dianne juga tidak menyukai perkara ini. Saya sebagai ibu kandung bersuara bagi pihaknya agar perkara ini ditangani dengan segera.

"Saya akan hubungi pihak pengurusannya untuk bantu saya memastikan gambar terbabit dipadam bersama pautan-pautannya sekali daripada sumber yang memuat naiknya pertama kali," katanya.

Terdahulu, penyanyi Hey Kau itu dilaporkan sedang koma di ICU Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) ketika dia dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menghadiri raptai penuh konsert keempat Big Stage.

Sementara itu, Nor Syakinah memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak berupaya melayan semua pertanyaan membabitkan kemalangan tersebut, kerana sedang berhadapan dengan gangguan emosi ketika ini.

    

Baca: Biodata Sandra Dianne

   

sandra kemalangan

Kredit foto: Instagram Sandra Dianne

    

"Sejak beberapa hari ini keadaan emosi saya sangat tidak mengizinkan. Beberapa hari ini, saya kurang tidur dan tak dapat nak paksa diri sendiri makan. Fikiran saya juga kosong dan tak dapat fokus.

"Andai ada sahabat handai dan saudara mara yang tertanya-tanya apa yang berlaku, maafkan saya sebab tak semua orang saya khabarkan serentak.

"Tapi ingin saya beritahu saya sangat menghargai perhatian dan kasih sayang daripada kalian semua, dan yang saya perlukan saat in hanya doa berterusan," katanya.

Dalam pada itu, wakil pihak pengurusan Sony Music Malaysia memaklumkan keadaan terkini Sandra yang masih sama iaitu koma dan kritikal.

   

Sumber berita: 'Padam foto kemalangan anak saya' -ibu Sandra

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)