mengapa lanun memakai penutup sebelah mata 5

Memakai penutup sebelah mata atau eyepatch merupakan trademark bagi lanun. Jika seseorang itu menjadi lanun, adalah tidak lengkap "kelanunannya" tanpa penutup mata.

Namun, apakah sebab disebalik pemakaian penutup mata ini?

mengapa lanun memakai penutup sebelah mata 225

Adakah orang pertama yang memakainya adalah lanun, dan buta sebelah matanya? Jika ya, maka jelaslah sebabnya. Namun jika tidak, pasti anda tertanya-tanya mengapa mahu menggunakan sebelah mata untuk melihat sedangkan kita mempunyai dua mata?

Walaupun tiada sejarah yang direkodkan untuk membuktikan teori ini sebagai satu fakta, namun ramai yang kurang mempercayai pemakaian penutup mata berkait dengan kehilangan atau buta sebelah mata. 

Namun ia lebih berkait dengan membiasakan sebelah mata dengan keadaan kurang cahaya di atas kapal. Tapi, mengapa lanun harus membiasakan sebelah mata dengan keadaan yang kurang cahaya atau gelap, kan?

mengapa lanun memakai penutup sebelah mata 3

Ramai yang mempercayai bahawa tujuan berbuat demikian amat penting bagi lanun yang kerap bergerap turun dan naik dek kapal. Disebabkan zaman lanun tidak mempunyai pencahayaan daripada lampu, keadaan dek bawah ada kalanya gelap gelita.

Individu yang terdedah kepada cahaya dan kemudiannya berpindah ke bilik yang gelap, mata mereka memerlukan masa untuk melaraskan tahap pencahayaan dan mencapai penyesuaian gelap sepenuhnya.

mengapa lanun memakai penutup sebelah mata 4

Dr Jim Sheedy, seorang doktor sains penglihatan dan pengarah Vision Performance Institute di Universiti Oregon memberitahu bahawa walaupun mata dapat menyesuaikan diri dengan cepat daripada keadaan gelap kepada bercahaya, namun ia boleh mengambil masa sehingga 25 minit untuk sesuaikan dari persekitaran bercahaya kepada gelap.

Ini kerana mata memerlukan masa untuk menjana semula pigmen foto.

mengapa lanun memakai penutup sebelah mata 2 962

Jadi, dengan memakai penutup sebelah mata, lanun dapat menghalang cahaya daripada masuk ke dalam sebelah mata yang membenarkannya biasa dengan kegelapan ketika berada di dek atas.

Dan apabila mereka turun ke dek bawah yang gelap, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk biasa dengan keadaan di bawah.

Ramai yang mengatakan ia sangat penting lebih-lebih lagi ketika mana lanun menceroboh kapal musuh dan memerlukan "night vision" dengan serta merta untuk berlawan dengan pihak musuh.


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)