Oleh pada 19 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram @mawar_karim 

 

Model dan ahli perniagaan terkenal, Mawar Karim berkongsi soalan yang diajukan oleh seorang pengguna Facebook akan sebab dikatakan jarang memuatnaik gambar bersama anaknya, Maryam sedangkan bekas suaminya, Fizo Omar tidak berkelakuan sebegitu.

 

Digambarkan seolah-olah tidak sentiasa bersama Maryam, Mawar berkata bahawa media sosial tidak melambangkan kepada kehidupan sebenar seseorang itu.

  

 

"Maryam memang ada bersama saya. Setiap 2 minggu, dia akan meluangkan masa bersama bapanya. Saya bukanlah seorang yang mengemaskini media sosial berkaitan Maryam secara kerap walaupun hakikatnya dia sudah tiada di sisi.

 

"Bagi saya, masa yang diluangkan bersama Maryam amat privasi dan perlu berkualiti. Saya jarang berkongsi cerita tentangnya kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah supaya jangan selalu berkongsi gambar atau aktiviti anak kerana dibimbangi banyak penyakit Ain dan Hasad," jawabnya.

 

Selain itu, beliau turut mendedahkan dakwaan Maryam pernah berseorangan yang dikuatkan lagi dengan beberapa buah video reaksi anaknya itu yang dimuatnaik di Instagram story.

  

 

"Seperkara lagi, terdapat seorang hamba Allah menghantar beberapa keping gambar Maryam seorang diri pada saya yang pasti menjadi tanda tanya apabila ditunjukkan. Yang menghairankan saya juga, Maryam sendiri beritahu yang dia sedikit merajuk.

 

"Mana-mana ibu akan buat yang terbaik untuk anak. Walaupun saya tidak sempurna dan banyak kelemahan, saya cuba perbaiki diri ini," tegasnya.

 

Komen Pilihan

mawar dedah anak seorang diri

 

"Anak memang tidak boleh menipu walaupun kita sebagai ibu suka memarahinya. Dia tetap akan datang dan mengadu pada kita juga," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Mawar Karim




Hakcipta iluminasi.com (2017)