alifsyukri

Kredit foto: Instagram @shahidadherbs & Instagram @aliffsyukriterlajaklaris

 

Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi video percutiannya di Langkawi buat pertama kali selepas sekatan pergerakan bagi membendung pandemik COVID-19 dilonggarkan.

 

Sudah lama tidak menaiki penerbangan, percutiannya di sebuah hotel bertaraf empat bintang itu dilakukan atas urusan kerja.

 

Selain itu, beliau mengambil peluang untuk berbulan madu dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, tanpa ditemani anak-anak.

 

Namun, video tersebut menjadi pertikaian netizen kerana beliau kadangkala dilihat tidak memakai pelitup muka dan meletakkannya di dagu.

 

"Saya memakainya dengan betul. Cuma, suara saya kurang kedengaran semasa membuat video blog (Vlog).

 

"Jadi, saya buka seketika dan tutup semula," jelasnya ringkas.

  

 

Sementara itu, Shahida pula menerima mesej langsung (DM) dari netizen yang memaki hamun dan menuduh kehidupannya tidak berkat kerana menipu.

 

"Kami hadir ke Langkawi kerana dibayar untuk mempromosikan hotel di sini. Ianya bekerja bukan?," kongsinya melalui sebuah video di Instagram Story semalam.

 

Menurutnya lagi, 80% sumber pendapatan penduduk Langkawi adalah daripada sektor pelancongan.

 

"Apabila ia ditutup, mereka sangat terjejas sehingga hilang pendapatan. Inilah masanya untuk mereka buka dan naikkan semula industri pelancongan di sini," ujarnya.

  

 

Menyuruh netizen bersangka baik, beliau menegaskan semua pelancong di sana bukan datang sembarangan dan perlu melakukan ujian calitan (swab test).

 

"Jadi, berfikiran waras sedikit sebelum mahu maki dan hina orang. Saya minta fikir dalam-dalam," akhirinya dalam nada tegas.

 

Komen Pilihan

  

alissyukriss1

 

"Kenapa perlu pertikaikan sama ada urusan perniagaan atau melancong?

 

"Jika bukan urusan perniagaan sekalipun, Langkawi sudah dibuka untuk pelancong. Ketara sangat busuk hati," tulis seorang pengguna Instagram.

 

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Instagram Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid 



Hakcipta iluminasi.com (2017)