Oleh pada 03 Jan 2022 kategori

Kredit: Instagram @damianmikhailmusic 

 

Baru-baru ini, bekas ahli kumpulan V.E., Damian Mikhail memuatnaik dua keping foto beliau bersama isteri dan anak-anaknya memakai pakaian yang melambangkan perayaan Krismas.

 

Menjengah di ruangan komen, terdapat seorang individu yang menegur perbuatannya itu dengan mengatakan bahawa terdapat perayaan berkaitan dengan adat dan agama dimana tidak kesemuanya perlu disambut oleh orang Islam.

 

Bagaimanapun, Damian membalasnya dengan memberikan gambaran ringkas kehidupan keluarganya yang masih berada di landasan yang betul.

 

"Alhamdulillah, amal ibadah keluarga saya tetap mengikut Islam, Quran dan Sunnah. Kadang-kadang saya malu dengan anak-anak sendiri, mereka yang bangunkan saya untuk solat Subuh secara berjemaah," tulisnya.

  

 

Tambah penyanyi yang yang dilahirkan sebagai bukan Islam itu, ahli keluarganya yang bukan Islam juga terpesona dengan segala perkara positif yang mereka tunjukkan.

 

"Mereka juga kagum melihat ikatan kekeluargaan kami sebagai keluarga Islam. Alhamdulillah, mak saya yang bukan Islam juga sudah mula mendengar ceramah dari para cendekiawan Islam," ulasnya.

 

Selain itu, individu tersebut juga menyuruh supaya Damian merujuk kepada kenyataan Mufti berkaitan pemakaian dan perayaan Krismas yang tetap tidak dibenarkan sama sekali.

 

Menurutnya lagi, diharuskan sekadar memberi ucapan yang sekadarnya demi menjaga hubungan baik sesama masyarakat yang hidup berbilang kaum dan agama tidak kira di mana kita berada.

  

 

Memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut, Damian kemudiannya mengucapkan syukur atas nasihat yang diberikan.

 

"Apa-apa pun terima kasih di atas perkongsian dan peringatan Sheikh. Semoga kita semua sentiasa diberikan hidayah Allah," akhirinya.

 

Komen Pilihan

damian dakwah

 

"Ramai manusia sekarang berfikiran mereka berhak untuk berkata apa-apa walaupun tidak diundang.

 

"Media sosial memang terbuka, tetapi tidak bererti kita berhak menilai secara terbuka. Lebih-lebih lagi terhadap orang yang kita tidak kenal atau tidak pernah berjumpa," tulis seorang netizen.

 

Sumber: Instagram Damian Mikhail




Hakcipta iluminasi.com (2017)