Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

diperli rakan artis isu kacau suami orang ini jawapan balas afifah nasir 1

Kredit foto: malaysia.watsupasia.com & Instagram Rozita Che Wan

Tidak hanya berhadapan dengan cemuhan netizen di media sosial, aktres Afifah Nasir turut menghadapi sindiran rakan artis gara-gara isu yang ditimbulkannya bersama penyanyi Aliff Aziz.

Kebelakangan ini, para selebriti yang berstatus isteri sepakat memuat naik amaran kepada "wanita perampas suami orang" agar tidak mengganggu rumah tangga mereka.

Sepanjang sindiran itu berlangsung, Afifah dilihat hanya berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan balas. 

diperli rakan artis isu kacau suami orang ini jawapan balas afifah nasir 2

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Dalam wawancara terbarunya, Afifah mendedahkan pendirian yang dipegang dalam menghadapi perkara itu.

Saya tahu ada rakan selebriti dan isteri mereka memuat naik gambar berunsurkan peringatan seperti jangan kacau suami orang serta berkaitan dengan karaoke. Saya mengambil pendirian untuk tidak melayan perkara tersebut. Saya sendiri tak kisah dengan perkara tersebut. Mereka tidak tahu, jadi biarkan sahaja. Mulut orang kita tak boleh tutup. Saya nak marah pun tak guna. Bagi saya, sebelum menilai sesuatu cerita, dengar dulu penjelasan semua pihak, barulah boleh menilai.

Sumber: Astro Gempak

Tambah Afifah, dia tidak serik untuk bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang selagi profesionalisme dalam kerjaya mereka dipelihara.

diperli rakan artis isu kacau suami orang ini jawapan balas afifah nasir 3

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Sejujurnya, saya tak ada masalah langsung jika diminta untuk bergandingan dengan suami orang. Sebelum ini, saya pernah berlakon di samping aktor yang bergelar suami orang. Tiada masalah yang berlaku dan semuanya berlangsung secara baik. Saya ingin menegaskan yang saya tidak berminat dengan suami orang. Jika saya memang berkelakuan sebegitu, sudah semestinya saya akan terlibat dengan cinta suami orang semenjak pembabitan awal saya dalam dunia lakonan.

Sumber: Astro Gempak 


tags : , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)