Oleh pada 26 Aug 2017 kategori

jawapan balas hafiz hamidun terhadap kenyataan pengarah jais

Kredit foto: New Straits Times & vimeo.com

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim sebelum ini telahpun memberikan kenyataan tentang punca pelepasan yang diberikan kepada Joy Revfa untuk bernikah dengan penyanyi Hafiz Hamidun walaupun tiada surat cerai sah daripada perkahwinan terdahulu wanita itu.

Terkini, Hafiz menerusi laman sosialnya menjawab kenyataan yang dikeluarkan Haris.

Ternyata Hafiz berpuas hati dengan penjelasan tersebut, namun mempunyai lapan poin yang diutarakan demi memastikan isu sebenar yang terjadi dalam perkahwinannya lebih jelas di mata masyarakat.

Ini lapan poin ringkas daripada Hafiz:

1) Kenyataan yang sangat adil dan tepat untuk kes ini.

2) Pihak Joy telah memfailkan terlebih dahulu permohonan untuk membubarkan pernikahan di Mahkamah Syariah Shah Alam.

3) Tarikh kes 14 September.

4) JAIS beri kelulusan saya dan Joy bernikah pada 1 Mei.

5) Kegagalan pihak Joy serahkan surat cerai menyebabkan saya perlu asingkan diri.

6) Isu ini sebenarnya telah setuju dua-dua pihak untuk diselesaikan secara dalaman dan senyap saja. Tapi pihak Joy telah membuat sidang media.

7) Saya mengambil keputusan mengasingkan diri dan tak tinggal sebumbung selagi masalah ini belum selesai. Semua demi mengikut syariat Islam.

8) Saya tak mahu persoalkan kenapa. Tapi itulah yang jadi, Joy yang failkan pembubaran pernikahan. Baik, kita tunggu keputusan mahkamah ya. Terima kasih.

Sehubungan dengan itu, sama-samalah kita nantikan keputusan daripada pihak mahkamah pada bulan September ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)