Oleh pada 26 Jan 2018 kategori

Sumber foto: Zuraneeza Zulkifli / Malay Mail Online

unifi TV yang dahulunya dipanggil HyppTV merasmikan permainan interaktif secara langsung yang pertama di Malaysia iaitu Teka Tekan, yang boleh ditonton menerusi saluran HyppSensasi (116).

Permainan tersebut membenarkan penonton berinteraksi semasa mereka berada di rumah dan berkesempatan merebut ganjaran berupa wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.

Rancangan yang membuka penyertaan kepada seluruh pelanggan unifi TV ini dikendalikan oleh empat pengacara terkenal tanah air iaitu Farouk Hussain, Shuib Sepahtu, Acong Sweet Child dan Anas Ridzuan.

teka tekan unifi tv

Sumber foto: tekatekan.unifi.com.my

Di samping merasmikan jenama baru unifi TV dan permainan Teka Tekan, wajah baru unifi juga diperkenalkan di majlis berkenaan.

Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Sri Mohammed Shazali Ramly; Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman; Naib Presiden Eksekutif unifi, Imri Mokhtar; Naib Presiden Eksekutif unifi TV, Jeremy Kung dan Ketua Pegawai Eksekutif unifi mobile, Moharmustaqeem Mohammed di Pusat Konvensyen TM kelmarin.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)