Oleh pada 14 May 2018 kategori

Hari ini adalah hari pertama dagangan bagi ringgit atau pasaran saham Bursa Malaysia dibuka selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu lepas.

Ringgit dibuka rendah pagi ini berbanding dolar US dan mata wang utama lain termasuk Singapura.

Sehingga pukul 9.00 pagi tadi, unit tempatan disebut pada 3.9850/9880 berbanding dolar US daripada 3.9480/9530 sebelum ditutup selama tiga hari sejak Rabu lepas.

Indeks KLCI telah dibuka rendah pada paras 1797, turun 49 mata. Walaubagaimanapun, sekitar pukul 10 pagi, pasaran kembali stabil dan volume dagangan hampir mencecah 2 bilion.

Menurut laporan Mahersaham, momentum positif ini dijangkakan akan kekal sehingga pasaran tutup pada pukul 5 petang hari ini. 

Kekalahan di luar jangkaan Barisan Nasional (BN) adalah suatu kejutan negatif bagi pasaran saham tempatan. Bursa Malaysia dibuka amat rendah susulan reaksi sementara perkara itu.

Namun begitu, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha untuk menjadikan ringgit sekukuh yang mungkin.

Sumber:

1. Instagram Malaysia1news

2. Facebook Astro Awani [1, 2]

3. Facebook Mahersaham

4. Facebook Suara.TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)