Bagi nelayan kecil-kecilan, kebiasaannya jala dan beberapa peralatan lain digunakan untuk menangkap ikan. Menariknya, di China dan Jepun terdapat satu teknik memancing tradisional yang menggunakan burung untuk menangkap ikan.

Teknik memancing ini dikenali sebagai Ukai. Teknik memancing tradisional ini dipercayai telah wujud 1300 tahun dahulu dan ada dimuatkan dalam beberapa buku catatan sejarah seperti Book of Sui, buku sejarah rasmi Dinasti Sui di China. Teknik memancing ini kini sudah diancam kepupusan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penggunaan burung Cormont

burung cormorant ukai

Dalam teknik ini, hanya burung spesis Cormont sahaja yang digunakan. Kebiasaannya, seseorang nelayan akan membawa sekitar 12 ekor burung ini untuk tujuan memancing ikan. Aktiviti memancing pula biasanya dilakukan pada waktu senja atau malam.

Untuk mengawal kesemua burung ini, nelayan biasanya akan mengikat bahagian atas leher burung ini menggunakan tali. Selain untuk tujuan mengawal burung ini, tindakan ini dibuat untuk menghalang burung ini daripada menelan ikan bersaiz besar yang berjaya ditangkap oleh burung ini.

burung cormorant

Ikatan ini tidaklah terlalu ketat dan membolehkan burung ini memakan ikan yang bersaiz kecil. Burung Cormont digunakan kerana ia mempunyai kecekapan dan kepantasan menyelam dan menangkap ikan.

Di Jepun, kebiasaannya burung Cormorant jenis P. capillatus biasanya digunakan sementara di China, ikan Cormorant jenis P. carbo biasanya digunakan. Kerana lehernya yang panjang, burung ini boleh menyimpan kira-kira 5 hingga 6 ekor ikan bersaiz sederhana dan besar dalam lehernya.

Industri pelancongan di Jepun

teknik memancing tradisional

Walaupun teknik memancing ini semakin jarang diperkatakan, ianya masih lagi digunakan di sesetengah tempat. Malah, ianya menjadi tarikan pelancong untuk datang sendiri melihat sendiri secara dekat teknik memancing yang sangat unik ini.

Di Jepun, aktiviti memancing ikan menggunakan teknik Ukai masih dapat dilihat di beberapa buah sungai antaranya Sunai Nagaragawa di Bandar Gifu. Sepanjang musim panas pula, aktiviti ini dapat dilihat di sungai-sungai di bawah pada tarikh-tarikh seperti berikut:

  1. Sungai Naragawa (Bandar Gifu) : 11 Mei hingga 15 Oktober
  2. Sungai Hozu (Bandar Kyoto) : 1 Julai hingga pertengahan September
  3. Sungai Uj (Bandar Uji) : Julai hingga September

cormorant fishing

Untuk tujuan pelancongan, kebiasaanya satu bot khas disediakan untuk pelancong. Bot ini akan berada berdekatan dengan perahu nelayan ketika aktiviti memancing ini dilakukan. Ini akan membolehkan para pelancong melihat sendiri secara dekat bagaimana teknik Ukai ini dilakukan.

Bergantung pada sesuatu lokasi, kebiasaannya bot ini beroperasi setiap hari pada musimnya, kecuali ketika waktu air pasang. Satu trip perjalanan untuk menyaksikan aktiviti memancing ini kebiasaannya mengambil masa sekitar 1 jam dan kosnya pula antara 1500 hingga 3500 yen bagi seorang pelancong (sekitar RM55 hingga RM130).

Industri pelancongan di China

teknik ukai

Teknik Ukai ini turut menjadi tarikan pelancong di China. Antara tempat yang popular untuk industri pelancongan adalah di Sungai Lia atau Sungai Guilin yang terletak di daerah Guangxi. Kebiasaannya, gambar-gambar menarik yang anda lihat seperti diats adalah daripada kawasan perkampungan nelayan Xingping yang terletak di sungai ini.

Antara nelayan veteran yang menjana pendapatan nelayan daripada industri pelancongan ini adalah Huang Yuechuang dan abangnya Huang Mingde yang masing-masing berusia 74 dan 82 tahun. Pada awalnya, kedua mereka telah bekerjasama dengan syarikat operasi pelancongan untuk membawa pelancong ke tempat mereka.

li river ukai fishing 154 724

Kawasan ini menjadi viral apabila tersebar banyak gambar menarik yang diambil dari sini tersebar ke seluruh dunia. Ternyata strategi kedua mereka bekerja sama dengan jurugambar profesional sejak 1970-an membuahkan hasil apabila semakin ramai orang luar yang tahu akan kewujudan lokasi ini.

Kini, Huang Yuechuang dan Huang Mingde mampu melakukan bisnes pelancongan ini secara sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan. Malah, mereka juga beroleh pendapatan yang memberangsangkan daripada aktiviti pelancongan ini dimana kebiasaannya mereka akan ke sungai sebanyak 25 hari dalam sebulan untuk tujuan ini.

Kredit:

  1. The Atlantic
  2. Japan Guide
  3. WikiPedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)