Oleh pada 19 Sep 2019 kategori

Anda mungkin pernah terdengar tentang ikan fugu, spesis ikan buntal yang boleh membunuh namun merupakan makanan istimewa yang dihidangkan di seluruh Jepun. 

Orang Jepun makan 10,000 tan ikan ini setiap tahun, tetapi pada musimnya ia boleh mencecah sehingga RM1,100 sekilogram. Jadi apa yang membuatkan hidangan ini begitu mahal?

Terdapat lebih daripada 120 spesies ikan buntal. 22 spesis yang berlainan diluluskan oleh kerajaan Jepun untuk dihidangkan di restoran, tetapi satu spesis mempunyai nilai dan racun yang lebih tinggi berbanding yang lain, iaitu ikan torafugu atau ikan buntal harimau.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ikan torafugu liar sering kali ditemui di restoran-restoran mewah di mana ia dihidangkan dengan cara dihiris nipis sebagai sashimi, digoreng malah digunakan untuk menghasilkan sake panas yang dikenali sebagai hirezake.

ikan buntal harimau disediakan sebagai sashimi

ikan buntal jepun

Restoran Yamadaya telah menghidangkan ikan buntal ini lebih daripada 100 tahun. Ikan fugu mereka ditangkap di selatan Jepun dan dibawa secara hidup-hidup dengan kargo udara ke restoran mereka di Tokyo.

Mendapatkan ikan ini boleh menjadi sangat rumit. Di Pasar Haedomari, ikan fugu dilelong menggunakan beg dan isyarat tangan tersembunyi.

Setiap pembeli yang berpotensi meletakkan tangan mereka di dalam beg dan membuat bidaan mereka secara rahsia sebelum pembida yang berjaya dipilih.

Dan apabila melibatkan penjualan makanan yang sangat berbahaya, keselamatan adalah satu keutamaan. 

cara ikan fugu harimau dibida di pasar

(Cara ikan fugu harimau dibida di pasar)

Pada tahun 2018, apabila sebuah pasar raya secara tidak sengaja menjual lima bungkusan ikan yang mana hati yang beracun tidak dikeluarkan, bandar itu menggunakan sistem penggera peluru berpandunya untuk memberi amaran kepada penduduk.

Tetrodotoxin yang terdapat dalam ikan fugu adalah lebih toksik daripada sianida, dan setiap tahun kira-kira 20 orang menjadi mangsa racun disebabkan oleh ikan yang disediakan dengan tidak betul.

Untuk mengetahui bahagian mana yang beracun dan menyediakan ikan secara selamat, ia memerlukan kemahiran dan latihan yang tinggi.

Bahagian-bahagian beracun boleh berbeza-beza bagi setiap spesies dan spesies hibrid yang ada ketika ini membuatkan bahagian beracun semakin sukar untuk diketahui.

organ dalaman ikan fugu harimau yang beracun

(Organ dalaman ikan fugu harimau yang beracun)

Salah satu perkara paling sukar untuk membezakan adalah ovari fugu betina yang mana sangat toksik dan buah zakar fugu jantan yang merupakan makanan istimewa. 

Kerajaan Jepun mengenakan kawalan ketat dalam membenarkan siapa yang layak untuk menyediakan fugu dan tukang masak perlu mengambil peperiksaan yang panjang sebelum dibenarkan secara sah untuk menyediakan ikan tersebut.

Peraturan yang ketat ini bermakna walaupun ikan ini boleh membunuh, namun jumlah kematian disebabkan oleh memakan tiram adalah lebih tinggi daripada ikan ini setiap tahun.

Semua kemahiran dan latihan yang diperlukan untuk menyediakan ikan ini membuatkan harganya melambung tinggi. 

ikan buntal harimau sangat mahal kerana cara penyediaannya

Ikan fugu dibunuh beberapa saat sebelum disediakan dan walaupun proses ini kelihatan mengerikan kerana otot-otot ikan ini terus berdenyut, otak ikan ini sebenarnya telah mati.

Kaedah membunuh ikan ini bermaksud dagingnya kekal segar untuk lebih lama dan di restoran Yamadaya, fugu dibiarkan 24 jam sebelum disediakan.

Bagi mereka yang telah merasa ikan ini, mereka memberitahu bahawa ia mempunyai tekstur yang kenyal dan rasanya sangat halus.

Terdapat sebab lain mengapa ikan fugu harimau semakin mahal iaitu disebabkan oleh penangkapan ikan yang berlebihan.

Ikan ini hampir berada di bawah status terancam dan pada tahun 2005 kerajaan Jepun mengehadkan kuota memancing dan musimnya.

penangkapan ikan fugu harimau secara berlebihan membuatkannya menjadi semakin mahal

Dan satu lagi spesies yang boleh dimakan yang popular di seluruh Jepun iaitu ikan buntal Cina, jumlahnya populasinya telah menurun sebanyak 99.9% sepanjang 45 tahun yang lalu.

Versi ikan ini yang diternak adalah jauh lebih murah dan lebih banyak rangkaian restoran fugu yang berpatutan mulai muncul. Namun, ikan yang diternak ini sukar untuk dijaga dan pengguna Jepun mengatakan bahawa rasanya tidak sesedap fugu liar. 

Harga ikan fugu liar yang sangat mahal bermakna keselamatannya terjamin kerana disediakan oleh tukang masak pakar dan apabila ia melibatkan ikan yang boleh membunuh, anda seharusnya bersedia untuk membayar dengan harga yang mahal.

ikan buntal fugu jepun comel

Rujukan:

1. Business Insider

2. Lady Justice Sculpture

3. Entrepreneur Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)