Kisah ini pernah menggemparkan negara kita satu ketika dahulu dan kisah kes ini telah dimuatkan dalam sebuah buku bertajuk Tragedi Salmah hasil nukilan Sharifah Abu Salem.

Tragedi yang cukup menyayat hati yang berlaku pada tahun 1984 ini adalah mengenai 2 orang adik-beradik yang dibunuh dengan kejam dengan mayat kedua-duanya dibuang ke dalam lubang najis dan hanya ditemui beberapa hari kemudian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Paling mengejutkan adalah suspek pembunuhan kes ini telah dibebaskan dan tidak disabitkan daripada kesalahan membunuh. Malah, saksi utama kejadian ini juga dilepaskan daripada tuduhan bersubahat dengan suspek utama kes ini dan masih bebas sehinggalah ke hari ini. 

Kronologi kes

Kejadian malang ini berlaku di Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat. Keadaan di kampung ini cukup aman damai dan penduduk di kampung tersebut saling kenal mengenali. Maka, ibu bapa sememangnya tidak perlu khuatir sekiranya anak-anak mereka bermain di luar bersama dengan rakan-rakan yang lain. 

Pada tanggal 30 April 1984, sepasang suami isteri, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42, menjadi kebimbangan apabila 2 orang anak mereka, Azman dan Saniah masih belum pulang walaupun suara azan Maghrib sudah berkumandang. Wardi Wasis dan Sukiam Hassan mempunyai 5 orang anak semua sekali.

tragedi salmah pembunuhan 2 kanak lubang najis

Wardi Wasis yang bekerja sebagai penarik beca telah mengambil keputusan membuat laporan polis kerana khuatir akan keselamatan kedua orang anaknya itu. Dengan bantuan sanak saudara dan penduduk setempat, mereka melakukan usaha menjejaki 2 orang kanak-kanak itu. 

Kira-kira seminggu kemudian atau lebih tepat pada tarikh 7 Mei 1984, seluruh penduduk kampung gempar apabila dua orang kanak-kanak malang tersebut dijumpai dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi iaitu rumah seorang wanita bernama Salmah.

Ya, kedua kanak-kanak malang tersebut dibunuh dan dihumban dalam lubang najis! Lebih kejam, mayat kedua kanak-kanak malang ini dijumpai dalam keadaan diikat dengan tali rafia.

Pendedahan yang mengejutkan

Polis terus melakukan siasatan tanpa membuang mangsa. Polis polis menjumpai tali rafia yang sama digunakan untuk mengikat kanak-kanak itu dirumah Salmah dan terus membuat tangkapan terhadap Salmah 

Keesokan harinya, seorang lagi suspek utama dikenali sebagai Samsir telah ditahan du Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat. Samsir merupakan seorang buruh ladang di Ayer Bemban, Kulai. Maka bermulalah pendedahan yang mengejutkan bukan sahaja mengenai pembunuhan itu, tetapi perhubungan terlarang Salmah dan Samsir.

Untuk makluman, Salmah merupakan isteri orang dan kes ini telah membongkar hubungan terlarangnya dengan Samsir yang dipercayai seorang lelaki berstatus OKU. Kes ini telah dibicarakan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.

tragedi salmah 1984 694

Dalam perbicaraan awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Asisten Superintendan (ASP) Abdul Rahman Kamil, menceritakan detik penemuan mayat dua beradik itu. Apabila dialihkan papan yang menutup lubang najis tersebut, terlihat mayat Azman menghadap ke atas dan Saniah menghadap ke bawah dengan kedua-duanya diikat bersama. 

Pemeriksaan lanjut ke atas rumah Salmah menjumpai 4 utas tali yang dipercayai menjadi bukti penting pembabitan Salmah dalam kes tersebut. Penemuan ini membawa kepada penangkapan Salmah pada hari tersebut dan Samsir keesokan harinya. 

tragedi salmah sejarah malaysia pembunuhan kanak kanak

Ketika perbicaraan memasuki hari keempat, Salmah membuat pendedahan mengejutkan dengan mengatakan bahawa Samsir adalah individu yang bertanggungjawab membunuh kedua kanak-kanak malang tersebut sebelum membuang mayat mereka dalam lubang najis.

Menurut Salmah, Samsir datang ke rumahnya pada pagi tersebut dan mereka telah melakukan hubungan seks. Tiba-tiba, entah dari mana Salmah  menyedari kehadiran 2 orang kanak-kanak malang ini ketika sedang melakukan hubungan seks dan memaklumkan kepada Samsir.

Samsir yang berang terus bangun dan menolak Azman ke lantai sebelum mencekik kanak-kanak tersebut sehingga mati. Menurut Salmah lagi, Samsir kemudiannya meminta beberapa ulas tali daripadanya dan dia telah pergi ke dapur untuk mendapatkannya.

Pada masa itulah Samsir turut bertindak kejam mencekik pula Saniah sehingga tidak bernyawa. Setelah kedua-duanya diikat, Samsir kemudian mengheret mayat kanak-kanak malang tersebut ke belakang rumah Salmah sebelum menghumbannya ke dalam lubang najis.

tertuduh tragedi salmah samsir batu pahat

Salmah turut menceritakan bagaimana Samsir telah memberikan amaran kepada dirinya agar tidak mencerikan kisah tersebut kepada orang lain. Sekiranya perlu, ceritakan bahawa kedua kanak-kanak tersebut telah dilarikan oleh sebuah kereta berwarna biru. Salmah yang ketakutan tidak menceritakan perihal tersebut kepada sesiapa.

Penemuan mayat tersebut terbongkar selepas suami Salmah, Razali mengatakan pada 1 Mei 1984, dia terhidu bau busuk dari belakang rumahnya. Apabila dibuka penutup tersebut, dilihat terdapa mayat di dalamnya sebelum menghubungi bapanya untuk memaklumkan perkara tersebut. 

Kerana tidak tahan dengan bau busuk tersebut, dia sekeluarga telah berpindah sementara ke rumah bapanya. Pada 6 Mei, pihak polis mula mengetahui mengenai penemuan mayat tersebut dan memulakan siasatan. 

Keputusan mahkamah yang mengejutkan

mahkamah tinggi muar 159

Setelah membaca kronologi ringkas kes di atas, mungkin ramai pembaca akan menyangka amatlah mudah bagi pihak mahkamah mensabitkan Samsir atas kesalahan membunuh dua orang kanak-kanak malang tersebut memandangkan Salmah sebagai saksi utama kes ini telah membuat beberapa pendedahan yang mengejutkan.

Tanggapan anda meleset sekali.

Perbicaraan mengenai kes menggemparkan ini berakhir apabila mahkamah akhirnya membuatkan keputusan Samsir tidak bersalah dan kes itu menjadi misteri hingga ke hari ini.

Antara persoalan yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini:

  1. Benarkah Samsir yang membunuh kanak-kanak tersebut atau ianya sekadar dakwaan Salmah semata-mata kerana ingin melepaskan diri?
  2. Jika benar dakwaannya, bagaimanakahh Salmah boleh terlepas daripada tuduhan bersubahat dengan Samsir kerana cuba menyembunyikan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh Samsir?
  3. Ada juga individu yang mengatakan bahawa Samsir yang ditangkap dan didakwa di mahkamah tersebut bukanlah "Samsir" sebenar yang mempunyai hubungan terlarang dengan Salmah sebaliknya hanya dijadikan kambing hitam memandangkan dia seorang OKU. Jadi, siapakah " Samsir" yang sebenar?
  4. Mengapakah Salmah begitu berani membuat pengakuan terlarangnya dengan Samsir? Bukankah perkara ini akan memalukan dirinya sendiri?
  5. Terdapat juga individu yang mengatakan bahawa Samsir terlepas kerana terdapat bukti kedatangannya dalam buku kedatangan yang dipegang oleh ketua ditempat kerjanya. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa Samsir sudah merasuah ketuanya itu untuk menipu rekod kehadirannya, seterusnya menimbulkan keraguan dalam penglibatannya dalam kes pembunuhan ini?
  6. Mengapakah Razali, suami Salmah ketika itu tidak memaklumkan terus kepada pihak polis setelah menemui mayat kanak-kanak tersebut, sebaliknya bertindak pindah sementara kerana tidak tahan dengan bau busuk? Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu?

4a6c4058 a431 471a a1ae af7439db2cbc

Keratan akhbar : Tragedi Salmah dipentaskan

Kredit:

  1. FB Page Persatuan Bangsa Johor
  2. Amazing Nara



Hakcipta iluminasi.com (2017)