Kurang 24 jam selepas tragedi Chernobyl terjadi, Valery Legasov, seorang ahli fizik nuklear telah dilantik oleh kerajaan Soviet untuk menyiasat mengenai bencana tersebut. Beliau merupakan Timbalan Pengarah Institut Tenaga Atom I.V. Kurchatov dan ahli eksekutif Akademi Sains Soviet.

Walaupun sesetengah pegawai atasan cuba untuk menyembunyikan punca dan sebab terjadinya perkara ini, beliau mendesak kerajaan bertindak jujur untuk memindahkan keluar penduduk bandar Pripyat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau juga menggesa tindakan segera harus diambil untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa kerana khuatir letupan susulan yang lebih besar mungkin berlaku selepas letupan yang pertama.

Tragedi letupan kilang nuklear Chernobyl

tragedi chernobyl

Pada 26 April 1986, Reaktor Nombor 4 di Loji Tenaga Nuklear Chernobyl di Soviet Ukraine telah meletup dan kebakaran daripada letupan tersebut hanya dapat dipadamkan selepas 10 hari. Tragedi ini telah menyebabkan pelepasan bertan-tan zarah nuklear radioaktif ke dalam udara terbuka.

Lebih daripada 30 orang meninggal dunia dalam tempoh radiasi akut di antaranya petugas bomba tempatan yang berlumba-lumba ke loji itu tanpa mengetahui apa sebenarnya risiko yang mereka hadapi.

Dianggarkan kira-kira 4,000 orang meninggal dunia tidak lama selepas itu akibat kanser yang berkaitan dan pakar mengatakan kawasan sekitarnya tidak akan sesuai untuk didiami oleh manusia selama 20,000 tahun lamanyaa.

Dianggap sebagai hero oleh masyarakat antarabangsa

valery legasov 751

Pada tahun 1986, empat bulan selepas tragedi letupan ini, Legasov mengambil bahagian dalam satu sesi pendengaran selama 5 jam di Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Vienna. mengenai faktor sebenar yang menyebabkan kemalangan ini.

Beliau menyatakan kesilapan manusia serta reka bentuk reaktor yang tidak mengikut standard keselamatan sebenar sebagai puncanya. Dalam laporannya, beliau menulis "Pengabaian oleh pengurusan saintifik dan pereka bentuk tanpa memberikan penilitian yang sewajarnya kepada  instrumen atau peralatan yang digunakan" sebagai puncanya.

Beliau dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa atas kejujurannya memberi penjelasan tanpa berselindung tentang apa yang ditemui melalui kajiannnya mengenai tragedi itu.

Keberaniannya juga dihargai kerana dia adalah salah seorang daripada satu-satunya ahli pasukan untuk tidak meninggalkan tapak tragedi tersebut sehingga situasi itu terkawal. Sementara itu, ahli lain dalam pasukannya pula akan mengambil giliran masuk dan keluar dari Chernobyl untuk mengelakkan risiko kontaminasi radiasi.

Layanan buruk daripada kerajaan

pembersihan radioaktif 878

Malangnya, beliau dilayan dengan buruk kerana pihak berkuasa tidak mahu pihak media memberikan perhatian lebih lanjut kepada perkara itu dan mahu mengurangkan kesan dan punca terjadinya tragedi ini.

Beliau telah bertindak membunuh diri dengan menggantung dirinya dua tahun dan satu hari selepas tragedi letupan itu. Sebelum membunuh diri, beliau tidak meninggalkan sebarang nota disebalik tindakannya menamatkan riwayatnya dengan cara sebegitu. Perkara ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai tindakannya itu.

legasov sainstis chernobyl

Terdapat spekulasi bahawa dia sangat trauma dengan pengalamannya dan apa yang disaksikan di tapak letupan itu serta kecewa dengan layanan kerajaan Soviet terhadapnya. Beliau dianggap sebagai penderhaka kerana cuba mendedahkan perkara sebenar yang berlaku kepada masyarakat antarabangsa untuk dijadikan ikhtibar.

Sesetengah pendapat mengatakan beliau teramat kecewa dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Soviet Union mengenai tragedi ini. Beliau dikatakan pernah memberikan perincian bagaimana tidak ada satupun organisasi di dalam Soviet Union yang mempunyai keupayaan untuk menangani kesan besar dari tragedi yang berlaku di Chernobyl.

Pengakhiran hidup yang menyedihkan

pekerja pembersihan chernobyl

Vladimir Gubarev, kawan rapat Valery Legasov pernah menyatakan dalam akhbar Soviet Pravda bahawa Legasov ditertawakan oleh rekan-rekannya tentang bagaimana dia menangani siasatan ini walaupun tindakannya itu mendapat pujian masyarakat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, selepas membuat pengakuan dan pendedahan mengenai apa yang dilihatnya mengenai tragedi ini, beliau kemudiannya kehilangan taraf keahlian di Institut Tenaga Atom Kurchatov di mana beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah.

Ini adalah tamparan yang dahsyat padanya sehingga ramai yang membuat spekulasi bahawa kekecewaan bahawa tiada tindakan yang sewajarnya dilakukan berpandukan kajiannya mengenai tragedi ini membuatkan beliau merasakan usahanya adalah sia-sia sebelum berputus asa dan bertindak menamatkan riwayatnya dengan cara yang begitu tragis sekali.

Kredit:

Business Insider

Wikipedia

Express UK

Bustle




Hakcipta iluminasi.com (2017)