Sanae Nakamura, 23 tahun, mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel, Sakurao Hagi, 3 tahun, dan anak lelaki, Kaede Hagi, 1 tahun.
Sejak perceraian dengan suaminya pada Mei 2009, Sanae membesarkan anak-anaknya seorang diri, situasi di mana dia tidak begitu gembira.
Sanae tidak mempunyai masa atau kecenderungan untuk melakukan kerja rumah, dibuktikan oleh longgokan sampah yang bertimbun di dalam apartmentnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Bekerja sebagai pelayan seks
Pada Januari 2010, Sanae Nakamura mula bekerja sebagai pelayan seks di rumah pelacuran. Dia merupakan seorang wanita yang berpenampilan menarik, dan pekerjaan itu adalah perubahan dalam hidupnya daripada menjadi seorang ibu yang membosankan.
Malah, majikannya menyediakan apartment untuk didiami Sanae dan anak-anaknya.
Pada Mac 2010, Sanae Nakamura mendapat teman lelaki dan mula menghabiskan malam-malam di lelaki itu, meninggalkan kedua-dua anak kecilnya bersendirian di rumah.
Situasi ini semakin kerap berlaku, dan tidak diketahui sama ada teman lelaki Sanae mengetahui bahawa dia mempunyai anak atau tidak.
Sanae hanya akan pulang ke rumahnya beberapa hari sekali dengan membawa makanan untuk anak-anaknya.
Jiran mula terdengar tangisan kanak-kanak
Selepas beberapa hari, seorang jiran yang prihatin menghubungi pusat kebajikan kanak-kanak Osaka kerana terdengar tangisan dan jeritan "Mama,mama!" setiap malam.
Panggilan telefon pertama yang dibuat oleh jiran tersebut adalah pada 30 Mac 2010. Pada 31 Mac, 1 dan 2 April, 2 pegawai kebajikan mengunjungi rumah Sanae untuk menyiasat perkara dengan lebih lanjut.
Namun, tiada siapa yang menyahut panggilan mereka, membuatkan 2 pegawai tersebut pulang.
Jiran tersebut sekali lagi menghubungi badan kebajikan tersebut seminggu kemudian pada 8 April 2010. 2 kanak-kanak malang tersebut masih menangis dan menjerit sehingga lewat malam.
Pegawai-pegawai kebajikan sekali lagi melawat ke rumah tersebut, namun sekali lagi, tiada siapa yang menjawab panggilan mereka.
Kecuaian pegawai kebajikan menjalankan tugas
Mereka tidak berjumpa atau menemubual jiran tersebut, tetapi terus beredar. Tidak putus asa, jiran tersebut membuat panggilan ketiga pada 18 Mei, lebih daripada 5 minggu selepas panggilan kedua, dan 11 minggu selepas panggilan pertama.
Perkara yang sama berlaku, pegawai-pegawai kebajikan datang dan tiada siapa yang membuka pintu. Disebabkan rumah tersebut disewa oleh rumah pelacuran tempat Sanae bekerja, jadi mereka tidak tahu siapa yang tinggal di situ.
Tetapi mereka tidak menghubungi rumah pelacuran tersebut untuk mengetahui siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Mereka juga tidak menghubungi pihak polis mengenai kanak-kanak yang dilaporkan dalam bahaya.
Mereka hanya berlalu begitu sahaja.
Sakae Nakamura pulang untuk kali terakhir
Pada awal Jun 2010, Sanae Nakamura mengunci pintu apartmentnya dan berlalu pergi. Ia merupakan kali terakhir Sanae melawat anak-anaknya, sehinggalah kedua-dua kanak-kanak malang tersebut meninggal dunia.
"Saya ingat selepas seminggu kemudian, mereka mungkin sudah mati. Jadi saya tak rasa saya perlu pulang untuk selamatkan mereka," kata Sanae.
Selepas lebih daripada 6 minggu, iaitu pada 29 Julai 2010, Sanae akhirnya pulang ke rumahnya. Sebaik sahaja melihat anak-anaknya mati dalam keadaan sudah reput, dia sekali lagi meninggalkan rumahnya seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Dan keesokan harinya, pihak polis datang ke apartment Sanae selepas mendapat laporan daripada jiran yang terbau bau yang pelik daripada apartment nombor 303.
Pihak polis memecah masuk rumah Sanae
Pihak polis memasuki apartment tersebut melalui balkoni disebabkan pintu utama berkunci. Apabila mereka berjaya memasuki rumah, mereka menemui sumber bau busuk tersebut.
Ia datang daripada 2 mayat yang kecil dan mereput, dalam keadaan berbogel terbaring di tengah-tengah ruang tamu, dikelilingi dengan sampah sarap.
Sanae Nakamura yang juga dikenali sebagai Sanae Shimomura, ditahan pada 30 Julai 2010, dan kelihatan seperti tidak menyesal dengan apa yang berlaku.
"Sejak bercerai pada Mei 2009, saya menjadi penat untuk menjaga anak-anak saya. Saya mahukan masa lapang. Saya harap saya tidak mempunyai anak. Saya tahu mreka tak akan dapat teruskan hidup (mati) jika saya meninggalkan mereka tanpa memberikan makanan atau air," jelas Sanae.
Sanae Nakamura dibicarakan di Mahkamah Daerah Osaka atas dakwaan membunuh anak-anaknya.
Dia membela diri dengan mengatakan tidak bermaksud untuk membunuh anak-anaknya apabila membiarkan mereka terkunci dalam apartment tanpa makanan dan air selama berminggu-minggu.
Sanae menyalahkan pengalaman buruknya ketika dia kecil yang mana dia diabaikan dan dicabul, membuatkannya tidak sukakan perkara yang tidak menyenangkan.
Dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun
Pihak mahkamah akhirnya mendapati Sanae bersalah di atas kesalahan membunuh, dan dijatuhkan hukuman 30 tahun penjara.
Berikutan keputusan itu, peguam Sanae kemudiannya membuat rayuan. Pada 25 Mac 2013, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman 30 tahun tersebut.
Hakim Yasuhiro Morioka menjelaskan bahawa tindakan Sanae telah menyebabkan kedua-dua kanak-kanak tidak bersalah itu maut. Beliau menilai hukuman yang diberikan oleh Mahkamah Daerah Osaka sebagai sesuai.
Beliau juga menegaskan bahawa keadaan terdesak yang dihadapi kedua-dua anaknya yang kelaparan itu sebagai "melampaui batas imaginasi" dan kematian mereka adalah "tersangat kejam".
Kisah ini telah difilemkan dalam "Sunk Into The Womb" yang ditayangkan pada tahun 2013.
Kes ini sama seperti kes Rie Fujii pada tahun 2001. Rie Fujii, seorang warga Jepun yang tinggal di Kanada, meninggalkan anak-anaknya yang masing-masing berusia 15 dan 3 bulan di apartmentnya bersendirian ketika melawat teman lelakinya.
Selepas 10 hari, dia pulang ke rumah dan mendapati kedua-dua anaknya telah mati akibat kelaparan. Rie hanya dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan dihantar pulang ke Jepun setelah dibebaskan.
Rujukan:
1. Hell Beasts
3. Dream