Oleh pada 30 Aug 2017 kategori

Pastinya rakyat jepun masih tidak dapat melupakan tragedi gempa bumi yang menggegarkan bumi matahari terbit itu, terutamanya mereka yang tinggal di bahagian timur Jepun.

Wilayah Fukushima adalah kawasan yang paling teruk terjejas, yang telah tercemar dengan teruk akibat kemalangan nuklear di loji janakuasa nuklear Fukushima Daichii yang dikatakan kemalangan nuklear terburuk di Jepun akibat tsunami susulan yang dicetuskan oleh gempa bumi Tohoku itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Seramai 19,000 nyawa terkorban akibat gempa bumi itu dan dianggarkan 147,000 penduduk telah berpindah keluar daripada kawasan tercemar bahan radioaktif itu.

Kemalangan nuklear Fukushima tidak menyebabkan kematian manusia, tetapi kepada haiwan. Semua penduduk yang diarahkan berpindah daripada zon pengecualian yang tercemar.

Kini, selepas lebih dari 6 tahun kejadian itu berlaku, masih tiada siapa yang pulang ke tanah radioaktif itu, kecuali seorang, iaitu Naoto Matsumura.

naoto mutsumura 8

naoto mutsumura13

naoto mutsumura9 362

naoto mutsumura12

Naoto Matsumura, 55, adalah satu-satunya bekas penduduk wilayah Fukushima ketika berlakunya kemalangan itu yang pulang dan tiggal di kawasan larangan itu. Ketika insiden itu, beliau tinggal di bandar Tomioka yang terletak 9.6 kilometer dari loji tersebut. Selepas kejadian itu, beliau berpindah keluar daripada situ untuk tujuan keselamatan.

naoto mutsumura15

naoto mutsumura7

naoto mutsumura 7

naoto mutsumura1

Namun, disebabkan tiada siapa yang mahu menjaga haiwan-haiwan yang masih hidup ini, Naoto membuat keputusan untuk pulang dan tinggal di kawasan pengecualian itu dan menghabiskan sisa hidupnya memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut.

Ketika berlaku kemalangan itu, orang ramai tergesa-gesa berpindah, menyebabkan kebanyakan harta benda ditinggalkan, termasuklah haiwan ternakan seperti lembu yang dibiarkan terikat di dalam kandang, ayam dibiarkan di dalam reban dan haiwan peliharaan dikunci di dalam rumah.

Akibatnya, hampir kesemua haiwan-haiwan ini mati secara perlahan-lahan kesan daripada bahan radioaktif.

"Anjing-anjing kami tidak diberi makan untuk beberapa hari awalnya. Apabila saya memberi makan kepada mereka buat kali pertama selepas kejadian itu, anjing-anjing jiran saya kelihatan seperti gila, kerana kelaparan. Saya periksa rumah jiran dan anjing-anjing itu kelihatan masih terikat.

Saya rasa penduduk yang berpindah keluar menyangkakan mereka akan pulang dalam masa beberapa hari atau minggu. Bermula dari situlah saya memberi makan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing setiap hari.

Mereka tak boleh tunggu lagi dan akan berkumpul sambil menyalak apabila ternampak trak saya. Ke mana sahaja saya pergi akan terdengan bunyi salakan seperti haiwan-haiwan ini berkata, "Kami sangat dahaga dan lapar,"" - Naoto Matsumura

naoto mutsumura6

Daripada lingkungan 3km dijadikan kawasan larangan, kerajaan Jepun memperluaskannya menjadi 20km jejari dari kawasan kemalangan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

naoto mutsumura2

naoto mutsumura3

naoto mutsumura11

Bahan radioaktif yang tersebar luas dibawa angin menyebabkan haiwan ternakan di dalam zon pengecualian terdedah kepada radiasi tahap tinggi. Akibatnya, haiwan-haiwan ini tidak lagi bernilai dan tidak boleh dijual.

Kerajaan Jepun berhasrat untuk menyembelih haiwan-haiwan ini namun Naoto menjelaskan kepada kerajaan bahawa ia adalah satu kerugian untuk membunuh mereka.

naoto mutsumura5

naoto mutsumura0

Beliau dikenali sebagai "Penjaga haiwan Fukushima" kerana kerja-kerja yang dilakukannya. Beliau mendapat sokongan daripada komuniti seluruh dunia dengan menyumbangkan dana bagi menjalankan kerja amal beliau.

naoto mutsumura10

naoto mutsumura 2

naoto mutsumura 5

naoto mutsumura 753

Menyedari bahawa beliau juga terdedah kepada bahan radioaktif tersebut setiap hari, Naoto memberitahu beliau tidak mahu memikirkannya, namun masih mengambil langkah berjaga-jaga termasuk hanya makan makanan yang diimport dari luar kawasan itu.

Naoto tak pernah menyangkakan pada mulanya yang beliau akan melakukan kerja ini untuk tempoh 5 tahun. Beliau juga berkata bahawa beliau lahir di bandar Tomioka dan jika beliau mati, beliau mahu mati di Tomioka.

"Saya masih berada di sini kerana diri saya penuh dengan kemarahan. Saya tidak mahu melepaskan kemarahan dan kesedihan ini. Air mata saya berlinangan apabila melihatkan kampung halaman saya. Kerajaan dan mereka yang berpindah ke Tokyo langsung tak tahu apa yang berlaku di sini. Kita perlu bersihkan tempat ini atau bandar ini pasti akan mati. Saya akan terus tinggal di sini bagi memastikan ianya dilakukan, sebab saya mahu mati di kampung halaman saya," Naoto Matsumura

Rujukan :




Hakcipta iluminasi.com (2017)