Bandar London sememamangnya merupakan lokasi percutian pilihan bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Keunikan struktur bangunan di sana dan beberapa tarikan utama seperti London Bridge, Big Ben, Buckingham Palace dan banyak lagi menjadinnya pilihan sebagai tempat bergambar dan "menjamu" mata.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kota London yang ada pada masa kini sebenarnya adalah kota yang dibangun dan dibina semula setelah berlakunya satu tragedi kebakaran besar di kota London pada tahun 1666. Peristiwa ini juga dirujuk sebagai "Great Fire of London".

BESARKAN TEKS     A-  A+

Great Fire of London

great fire of london

Great Fire of London adalah tragedi kebakaran besar yang melanda bahagian tengah kota London selama 5 hari daripada Ahad, 2 September hingga Khamis, 6 September 1666. Dikatakan peristiwa ini telah menyebabkan 85% daripada penduduk kota ini telah kehilangan tempat tinggal. 

Walaupun kebakaran ini berjaya menjilat sebahagian besar kota London, kebakaran ini tidak mengancam kawasan-kawasan golongan bangsawan seperti Westminster, Palace of Whitehall atau sebagian besar kawasan pinggir bandar.

Dianggarkan kebakaran yang berlaku selama 5 hari ini telah memusnahkan kira-kira 13,200 buah rumah, 87 buah gereja (termasuklah St Paul’s Cathedral) dan sebahagian rumah pegawai dan pihak berkuasa di bandar ini. Peristiwa ini juga telah memusnahkan kira-kira 70,000 buah rumah penduduk kota ini.

Hanya 6 orang terbunuh

kebakaran besar london 817

Satu perkara yang pelik mengenai peristiwa besar ini adalah rekod mangsa yang terkorban dalam kebakaran ini hanyalah seramai 6 orang. Ianya seolah-olah tidak logik memandangkan puluhan ribu rumah dan banyak bangunan besar telah hangus dijilat api.

Para sejarawan berpendapat terdapat 2 kemungkinan bagi menjawab kemusykilan ini. Pertama, terdapat kemungkinan bahawa jumlah kematian golongan miskin dan pertengahan tidak direkodkan. Dalam erti kata lain, hanya kematian oleh golongan atasan dan bangsawan yang direkodkan.

Kedua, terdapat kemungkinan bahawa api yang sangat besar dan lama (selama 5 hari) ini bukan sahaja telah membunuh, tetapi juga telah menghancurkan kulit dan tulang-tulang mangsa yang terkorban. Perkara ini dan ditambah dengan ketiadaan rekod identiti penduduk menyebabkan pihak berkuasa tidak dapat mengenalpasti berapa ramai sebenarnya yang telah terkorban.

Sebuah tembikar yang dipamerkan di Muzium London yang ditemui oleh ahli arkeologi di Pudding Lane, tempat dimana kebakaran ini bermula menunjukkan bahawa suhu mencapai 1,250 °C. Maka, hujah kedua di atas boleh diterima oleh logik akal.

Punca kebakaran

tragedi kebakaran 849

Tragedi besar ini dikatakan bermula dari sebuah kedai roti milik Thomas Farriner (atau Farynor) yang terletak di Pudding Lane sejurus selepas tengah malam pada hari Ahad, 2 September, dan merebak dengan begitu cepat sekali ke bahagian barat kota London.

Kebakaran terjadi apabila sebuah percikan api daripada ketuhar telah terkena dengan bahan bakar yang terletak berhampiran. Kejadian ini berlaku sekitar 1 pagi ketika penduduk tempatan sedang lena dibuai mimpi.

Kegagalan memadamkan kebakaran

cara memadam kebakaran

Cubaan memadamkan kebakaran menggunakan "Firehooks"

Pada ketika itu, salah satu cara atau strategi popular yang digunakan untuk memadam kebakaran dikenali sebagai "firebreak". Ianya adalah cara dengan merobohkan bangunan yang berdekatan dengannya untuk mewujudkan ruang kosong dan mengelakkan api merebak ke bangunan berdekatan.

Logiknya, ketiadaan bangunan di sekeliling bangunan yang terbakar akan mengelakkan api mudah merebak. Malangnya, Thomas Bloodworth, Mayor kota London pada ketika itu tersilap congak dan memandangkan rendah kebakaran yang berlaku.

kebakaran besar di kota london

Beliau awalnya mengeluarkan arahan larangan agar strategi "firebreak" iaitu dengan memusnahkan bangunan disekeliling punca kebakaran dilakukan kerana beranggapan kebakaran ini tidak begitu bahaya.

Malangnya, ketika beliau mengeluarkan arahan "firebreak" dilakukan, ianya sudah terlalu lambat. Keadaan angin kuat pada ketika itu memburukkan lagi keadaan kerana api lebih mudah merebak ke bangunan bersebelahan. Akibatnya, selepas 5 hari barulah keseluruhan api dapat dipadamkan.

Penubuhan Insuran perlindungan rumah

kebakaran kota london 319

Tragedi kebakaran besar ini merupakan sebuah malapetaka yang amat dahsyat memandangkan ianya berlaku sebelum kewujudan skim insurans perlindungan bagi rumah dan tempat tinggal. Apabila puluhan ribu buah rumah musnah dalam kebakaran, penduduk tinggal sehelai sepinggang kerana mereka tidak boleh mendapatkan apa-apa jenis pampasan.

Bertitik tolak daripada tragedi inilah, wujud cadangan untuk mewujudkan pasaran insurans bagi memberikan perlindungan kewangan kepada pemilik rumah sekiranya perkara seperti ini terjadi pada masa akan datang.

Pada tahun 1680, Nicholas Barbon telah mengasaskan  syarikat insurans kebakaran pertama di dunia. Syarikatnya ini diberikan nama "Insurance Office". Satu dekad kemudian, satu daripada 10 rumah London diinsuranskan.

Masalah sosial dan ekonomi yang dicipta oleh bencana itu menakutkan. Pemindahan keluar dari London dan penempatan semula di tempat lain giat dilakukan oleh Charles II yang takut akan pemberontakan di Londonkalangan penduduk. Walaupun wujud beberapa cadangan radikal, kota London akhirnya telah dibina semula menggunakan pelan jalan yang sama yang digunakan sebelum kebakaran.

Kredit:

  1. Britannic Encyclopaedia
  2. The Sun
  3. Wikipedia
  4. History Hit



Hakcipta iluminasi.com (2017)