Satu ketika dahulu, sekiranya anda pernah menyaksikan sesebuah filem tempatan mahupun dari luar negara yang difilemkan di kota London, anda pastinya akan melihat satu babak dalam filem tersebut yang memaparkan penggambaran berlatarbelakangkan pondek telefon berwarna merah seperti dalam gambar di atas.

Pondok telefon berwarna merah ini sememangnya begitu sinonim dan ikonik dengan kota London. Sekali tengok, penonton sudah tahu filem tersebut berlatarbelakangkan kota London. Dengan rekaan unik dan tradisional serta berwarna merah, sesiapa sahaja yang melihatnya akan kagum kecantikannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rekaan pondok telefon merah di kota London ini juga tidak dapat dimana-mana bandar besar lain di seluruh negara. Namun, tahukah anda kisah menarik di sebalik rekabentuk pondok telefon merah ini?

Rekebantuk terawal pondok telefon di kota London

replika k1

Pada tahun 1921, pihak United Kingdom Post Office telah memperkenalkan rekaan pondok telefon pertamanya. Diberi nama K1, ianya dibina dengan binaan konkrit segi empat tepat dan bumbungnya pula berbentuk piramid. Secara umumnya, rekabentuknya tidaklah terlalu buruk tetapi orang awam menganggapnya tidak begitu cantik dan sesuai dengan pemandangan cantik di kota London.

Pihak London Metropolitan Boroughs dan juga Birmingham Civic Society juga turut menyatakan ketidakpuasan hati berkenaan rekabentuk KI yang ingin dibina oleh pihak pejabat pos. Bagi meredakan keadaan, Royal Fine Art Commission telah masuk campur dan turut menawarkan bantuan untuk menganjurkan sebuah pertandingan untuk mencari rekabentuk menarik bagi pondok telefon yang bakal dibina di sekitar kota London.

Pertandingan rekabentuk tersebut mendapat sambutan yang mengagumkan dan menerima banyak penyertaan daripada pereka bentuk amatur dan profesional. Antara invidividu ternama yang menghantar penyertaan adalah Lobert Lorimer, John Burnet dan Giles Gilbert Scott selain beberapa penyertaan daripada pihak pejabat pos sendiri dan The Birmingham Civic Society.

Robert Lorimer adalah seorang arkitek daripada Scotland yang telah bertanggungjawab merekabentuk binaan Scottish National War Memorial. John Burnet juga bukan calang-calang individu kerana beliau telah merekabentuk beberapa bangunan berprestij di kota London.

Selain itu, Giles Gilbert Scott pula merupakan arkitek ternama British yang telah merekabentuk banyak bangunan yang menjadi mercu tanda popular di London seperti Cambridge University Library, Lady Margaret Hall dan Battersea Power Station. Namun, rekaannya yang paling banyak mendapat perhatian tentulah rekabentuk pondok telefon merah yang begitu sinonim dengan kota London.

Keunikan rekabentuk pondon telefon kota London

rekabentuk pondok telefon london 262

Giles Gilbert Scott mengekalkan bentuk segi empat tempat pondok telefon tersebut. Namun, bahagian atasnya ditukar kepada bentuk kubah sementara bahagian utamanya diletakkan garis-garis kasar yang menjadikannya kelihatan seperti rekabentuk tradisional.

Sementara itu, 3 daripada 4 bahagian tepi pondok ini juga diletakkan panel kaca untuk tujuan pencahayaan. Tulisan "Telephone" yang bercahaya turut diletakkan pada bahagian atas berserta dengan corak ukiran mahkota pada keempat-empat bahagian tepi. Rekabentuk baru ini diberi nama K2.

Inspirasi daripada binaan makam kubur

binaan makam eliza soane

Rekabentuk pondok telefon K2 ini kelihatan begitu unik sekali dan merupakan yang pertama seumpama dengannya. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa rekaannya sebenarnya mengambil inspirasi daripada sebuah binaan makam seorang individu ternama.

Ianya mengambil inspirasi binaan makam yang terdapat di kubur Eliza Soane iaitu isteri kepada Sir John Soane. Binaan makam tersebut terletak di kawasan perkuburan Old St Pancras yang terletak di London.

Sir John Soane merupakan seorang arkitek ternama semasa hayatnya. Antara rekaannya yang popular adalah rekabentuk lama Bank of England, Dulwich College Picture Gallery dan rekabentuk rumahnya sendiri yang kini sudah menjadi muzium. Apabila isterinya mati pada tahun 1815, beliau menyemadikan mayat isterinya di kawasan perkuburan St Pancras Old Church dan membina tugu khas di atasnya.

Binaan tersebut direka oleh Sir Johnse sendiri dan mempunyai bahagian atas berbentuk kubah sama seperti rekabentuk K2.  Bumbungnya mempunyai pinus finial, simbol Mesir Purba yang membawa maksud kehidupan semula sementara di bawahnya pula terdapat ukuran ular menelan ekornya sendiri yang merupakan simbol keabadian. Terdapat juga ukiran anak lelaki yang memegang obor yang dipadamkan yang merupakan simbol kematian.

Sir Giles Gilbert Scott sangat maklum akan rekaan makam kubur yang unik ini. Beliau tidaklah dianggap mencuri rekabentuk tersebut malah beliau sebenarnya merupakan pemegang amanah muzium Sir John Soane.

Ternyataan rekaan yang diusulkan oleh Sir Giles Gilbert Scott diminati oleh pihak penganjur. Sir Giles Gilbert Scott pada mulanya mahukan pondok tersebut dicat dengan warna perak sementara bahagian dalamnya pula dicat warna hijau-biru. Pihak pejabat pos tidak bersetuju sebaliknya memilih warna merah.

Simbol ikonik kota London

pondok merah london

Setelah rekabentuk pondok telefon itu telah dimuktamadkan, sebanyak 1700 buah pondok telefon tersebut telah dibina di sekitar kota London. Walau bagaimanapun, lama kelamaan pihak pejabat pos menyedari bahawa rekabentuknya terlalu besar dan kos pembinaannya agak mahal.

Pada tahu 1929, iaitu 5 tahun selepas rekabentuk K2 dihasilkan, Sir Giles Gilbert Scott akhirnya membuat sedikit perubahan padanya yang menyaksikannya lebih kecil dan kurang unsur-unsur corak tradisional yang seterusnya dapat mengurangkan kos pembinaannya. Rekaan terbaru ini diberi nama K3.

Tahun-demi tahun, rekabentuk pondok telefon ini telah mengalami banyak perubahan. Setiap rekaan terbaru ini akan diberikan nama baru seperti K4, K5 dan seterusnya.

Walaupun telefon awam mungkin tidak lagi digunakan kerana kewujudan telefon mudah alih, binaan pondok ikonik ini masih lagi dapat dilihat berdiri megah di beberapa tempat di kota London. Sekiranya anda ke London, jangan lupa untuk mengambil gambar kenang-kenangan di pondok telefon unik ini.

Kredit:

  1. The Guardian



Hakcipta iluminasi.com (2017)