Mengembara adalah sangat digalakkan dalam kehidupan bagi meluaskan pandangan dan menambahkan pengalaman. Dengan melihat negara-negara luar, kita dapat mempelajari budaya dan adat negara asing yang mana akan dapat membuatkan cara kita berfikir menjadi lebih matang dan terbuka. Malah Islam sendiri menggalakkan umatnya untuk mengembara, seperti dalam firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 15 :

BESARKAN TEKS     A-  A+

هُوَ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ ذَلُولًا فَامْشُوا فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُوا مِنْ رِزْقِهِ ۖ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula,"

pasangan kental

Ia telah disahut oleh dua rakyat Malaysia, apabila pada 31 Ogos 2017, sepasang suami isteri dari Selangor telah mengibarkan Jalur Gemilang di bumi Eropah, iaitu di United Kingdom setelah menempuhi perjalanan sejauh 25,000 kilometer merentasi 24 buah negera dan beberapa benua.

Apa yang menarik adalah pasangan ini menggunakan jalan darat dan hanya menunggang motosikal untuk sampai ke destinasi.

bermula ekspedisi

Misi itu adalah impian kepada pasangan ini, Mohd Alfishahrin Zakaria, 31, dan isteri Diana Latief, 30. Mereka tiba di Kedutaan Malaysia di London kira-kira jam 10 pagi waktu Malaysia dan terus mengibarkan bendera kebanggaan sempena Hari Kemerdekaan yang ke-60.

Ekspedisi membanggakan yang disempurnakan menggunakan motosikal Honda RS150R ini bermula pada 8 April 2017 dan telah berjaya ditamatkan dalam masa 146 hari.

nepal

taj mahal 970

Tersenyum sesampainya di Taj Mahal

india 396

melepasi sempadan china

Menghampiri sempadan China

turki 2

Bergambar bersama belon udara panas di Cappadocia, Turki

Antara negara-negara yang direntasi dalam ekspedisi ini termasuklah Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, Iran, Turki, Armenia, Georgia, Greece, Montenegro, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Belanda, Belgium, Austria, Switzerland, Itali, Jerman, Perancis, dan United kingdom.

Pengembaraan ini adalah satu projek di bawah program inspirasi Anak Muda Bebas Dadah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Selangor yang disokong oleh Pemadam Negeri Selangor dan Majlis Sukan Negeri Selangor. Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan perhimpunan mega motosikal kapcai yang bakal diadakan pada 23 September ini di Shah Alam.

turki 727

Alfishahrin dan Diana di Turki

itali 30

Tiba di Itali

di milan 621

Alfishahrin di hadapan Milan Cathedral di Milan, Itali

di stesen minyak repsol

Misi ini mendapat tajaan beberapa pihak termasuklah Givi Malaysia dan STT Racing Sprockets manakala Majalah Kapcai menjadi penyiar rasmi pengembaraan antara benua ini. 

pencapaian membanggakan

paris 569

Bergambar bersama Honda RS150 di hadapan Eiffel Tower

Mohd Alfishahrin sangat berterima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan kejayaannya, terutamanya ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Menurut beliau lagi, tujuan melakukan pengembaraan ini bukanlah untuk mengejar nama dan gelaran, tetapi kerana minat yang mendalam dalam sukan motosikal dan mengembara.

honda rs150

kawan baru di jerman

Makan bersama saudara baru di negara orang.

belgium

Bendera Selangor berkibaran di bumi Belgium

"Kami bukanlah datang dari keluarga yang kaya dan pengembaraan ini juga bukanlah ditaja 100% namun kejayaan ini telah membuktikan bahawa segalanya boleh dilakukan jika kita mempunyai tekad dan azam yang tinggi," - Mohd Alfishahrin

Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 5 bulan ini sanggup berhenti kerja untuk mengikuti ekspedisi yang menelan belanja hampir RM40,000 ini dan berkata ianya dilakukan demi membuktikan rakyat Malaysia mampu melakukannya.

Rata-rata penduduk tempatan negara yang dilalui tidak percaya mereka datang dari Malaysia kerana biasanya ekspedisi sebegitu dilakukan menggunakan motosikal berkuasa tinggi. Mohd Alfishahrin juga menceritakan pengalaman paling mencabar yang dilaluinya adalah ketika melalui jalan ke-3 tertinggi di dunia iaitu Chang La di India.

Walaupun pelbagai cabaran dihadapi pasangan kental ini, namun pengalaman berharga ini tak akan dapat dilupakan dan tak terbeli dengan wang ringgit.

Sumber : Facebook Mohd Alfishahrin




Hakcipta iluminasi.com (2017)