Oleh pada 10 Jan 2018 kategori

Dalam artikel lalu, iluminasi.com berkongsi 10 lokasi yang wajib untuk mengambil gambar jika melawat ke kota London. Lokasi-lokasi tersebut merupakan yang paling terkenal dan biasa dilawati oleh pengunjung dari seluruh dunia.

Kali ini, kami ingin berkongi 10 lokasi menarik dan pelik yang ramai tak tahu.

1. Gereja St Dunstan’s-in-the-East

gereja st dunstan s in the east dari luar

Apa yang membuatkan ia menjadi satu lokasi yang wajib dilawati bukan hanya disebabkan tempat yang cantik dan menarik, malah disebabkan oleh ia merupakan satu kawasan rahsia. Tak semua yang mengetahui mengenai tempat ini, termasuklah mereka yang tinggal di sekeliling.

BESARKAN TEKS     A-  A+

St Dunstan-in-the-East adalah bekas Gereja England yang terletak di Bukit St. Dunstan. Lokasi lebih tepat adalah di antara London Bridge dan Tower of London, di tengah Bandar London.

gereja st dunstan s in the east

gereja st dunstan s in the east 3

gereja st dunstan s in the east 2

Strukturnya masih teguh namun kini dipenuhi dengan tumbuhan liar, membuatkannya kelihatan begitu semula jadi, dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk mengambil gambar. Dibina pada tahun 1100, dan sebahagian besarnya musnah ketika Perang Dunia Kedua yang mana kini menjadi taman awam.

2. Balai Polis di Trafalgar Square

balai polis paling kecil di united kingdom

Sekali lalu dan pandang, sama ada anda tak perasan, takpun anda pasti terfikir apakah fungsi pondok ini. Nak katakan pondok telefon, tapi tidak. Ia sebenarnya adalah balai polis, dan bukan sebarang balai polis.

Pondok batu ini yang terletak di Trafalgar Square ini merupakan balai polis paling kecil di United Kingdom. Ia dibina bagi pihak polis mengawal penunjuk perasaan yang berarak ke Trafalgar Square. Namun ia tidak lagi digunakan pada hari ini.

3. The Seven Noses

seven noses of soho

Agak pelik melihatkan hidung terdapat pada dinding ini. Pasti anda tertanya-tanya apakah maksud disebalik hidung ini. Ia digelarkan "The Seven Noses of Soho" yang merupakan hasil kreatif Rick Buckley. 

Pada tahun 1997, Rick membuat keputusan untuk melakukan tunjuk perasaan terhadap kemunculan Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di sekitar jalan di London. Kamera-kamera tersebut menerima kritikan buruk oleh orang ramai. Ramai yang melakukan tunjuk perasaan dengan melakukan vandalisma, namun Rick mengambil pendekatan yang pelik dan kelakar.

seven noses of soho 2

Rick kemudiannyaa melekatkan 35 hidung di sekitar Soho, dan mahu melihat sama ada tindakannya itu berjaya dipatahkan dengan wujudnya CCTV. Namun, hidung-hidung tersebut berjaya dikesan dan dibuang, namun 7 daripanya masih kekal hingga kini.

4. The Whitechapel Bell Foundry

the whitechapel bell foundry

Bagi yang mengetahui sejarahnya, pasti akan melawat dan mengambil gambar dengan kedai ini. Untuk dipendekkan cerita, kedai ini terletakyaa syarikat The Whitechapel Bell Foundry yang telah menghasilkan loceng di Big Ben (dulunya dikenali sebagai Menara Elizabeth), dan juga Liberty Bell di Amerika Syarikat (lambang kemerdekaan Amerika Syarikat).

Selain itu, ia merupakan syarikat pembuatan tertua di United Kingdom yang telah beroperasi selama hampir 500 tahun. Jika singgah di sini, cenderamata yang harus anda dapatkan tentulah loceng. Syarikat ini terletak di Aldgate East dan Whitechapel.

5. The Hidden Ears

the hidden ears 615

Sama seperti "The Seven Noses of Soho", telinga tersembunyi ini boleh dijumpai di Jalan Floral di Covent Garden. Terdapat dua telinga di Jalan Floral dan dikhabarkan beberapa lagi telinga dilekatkan di sekitar London.

Ia merupakan hasil tangan artis Tim Fishlock yang mengambil bentuk telinganya sendiri untuk menghasilkannya.

6. Pam air John Snow

pam air john snow

Tidak, ia bukan John Snow dari Game of Thrones. John Snow yang dimaksudkan adalah seorang doktor yang berjaya mengesan penularan wabak kolera di London pada tahun 1854, melalui paip ini. Beliau merupakan antara salah seorang bapa pengasas Epidemiologi yang mana banyak kerjanya telah merubah sistem perairan di London.

Paip ini masih kekal di tempat asalnya di Broadwick Street iaitu di belakang Oxford Street.

7. Queen Elizabeth Roof Garden Bar dan Cafe

queen elizabeth roof garden bar dan cafe

Bagi yang ingin bersantai bersama rakan atau kekasi sambil melihat pemandangan di London, anda wajib ke lokasi ini. Kafe ini yang terletak di atas bumbung di South Bank merupakan satu tarikan di London, namun tak semua yang mengetahuinya.

Waktu yang paling sesuai untuk bersantai di sini adalah ketika senja di mana matahari terbenam.

8. Gua-gua di Chislehurst

gua chislehurst 599

Gua ini boleh dikatakan antara salah satu lokasi rahsia yang paling jarang diketahui oleh mereka yang melawati London. Terletak di Bromley, tenggara London, gua-gua ini merupakan lombong kapur dan batu permata dari abad ke-13 hingga ke-19. 

gua di chislehurst

Terdapat perkhidmatan pemandu pelancong jika anda ke sini. Lokasi ini juga pernah menjadi lokasi persembahan oleh kumpulan rock terkenal di dunia seperti The Rolling Stones dan Led Zeppelin.

9. Camley Street Natural Park

camley street natural park

Bagi anda yang sukakan alam semulajadi, dan juga ingin melawati bandar London, lokasi ini wajib anda lawati. Camley Street Natural Park adalah rizab alam semulajadi terletak di tengah-tengah antara kawasan yang paling padat di London.

Ia merupakan lokasi untuk manusia dan juga hidupan liar. Taman yang terdiri daripada tanah lembap, hutan dan padang rumput ini dikendalikan oleh London Wildlife Trust dan merupakan bekas lokasi simpanan arang batu pada tahun 1984.

camley street natural park 2

Ia merupakan habitat kepada burung, rama-rama, kelawar dan juga flora-flora. Sesuai untuk menjadi lokasi meluangkan masa bersama anak-anak dan kekasih untuk keluar daripada kesibukan kota London.

10. No. 18 Folgate Street

18 folgate street

Bagi penulis, lokasi ini merupakan antara yang paling unik dalam senarai ini. Rumah merupakan hasil pemilik sebelum ini, Dennis Severs yang mampu membawa anda kembali ke masa silam. 

Terletak di Folgate Street, ia dibina pada tahun 1724. Dennis yang tinggal di rumah ini dari tahun 1979 hingga 1999 telah menghasilkan suasana rumah ini kembali secara berperingkat. Ia merupakan sebuah "imaginasi sejarah" tentang bagaimana keadaan dan kehidupan keluarga penenun sutera pada zaman dahulu iaitu keluarga Huguenot.

18 folgate street 4

18 folgate street 3

18 folgate street 2

Keluarga ini tinggal di rumah ini dari tahun 1725 hingga 1919. Dengan suasana, bau-bau dan bunyi dalam rumah ini mampu membawa anda masuk ke dalam hidup keluarga Huguenot pada abad ke-18.




Hakcipta iluminasi.com (2017)