Oleh pada 04 Jan 2018 kategori

kota london digelar sebagai ibu kota dunia

Boleh dikatakan London adalah kota Eropah yang paling terkenal dan menerima kunjungan terbanyak daripada rakyat Malaysia. Setiap hujung tahun ketika musim cuti sekolah, anda boleh melihat ramai rakyat Malaysia di merata jalan di London. Dah rasa macam di Malaysia.

Dan sudah tentunya bagi mereka yang tak pernah sampai ke London, anda pasti melihat gambar-gambar rakan atau ahli keluarga yang pernah melawati kota ini, mempunyai beberapa persamaan, iaitu lokasi mengambil gambar yang serupa.

rakyat malaysia ramai yang melancong ke london

Sumber : Anajoe

iluminasi.com ingin berkongsi antara 7 lokasi mengambil gambar yang wajib ketika melawat kota London.

1. Big Ben dan Bangunan Parlimen

big ben pada waktu malam

Ini adalah lokasi yang paling wajib di antara semua. Ia bukan sahaja menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke London, tetapi juga menjadi mercu tanda bagi kota London seperti mana Menara KLCC di Malaysia. 

big ben pada waktu siang

selfie bersama big ben london

Big Ben merupakan nama jolokan bagi Great Bell bagi jam gergasi di bahagian hujung utara Istana Westminster yang sangat terkenal di seluruh dunia. Bersebelahan dengan Big Ben pula terletak bangunan Parlimen United Kingdom. 

2. Tower Bridge

tower brige pada waktu malaam

Selain Big Ben, Tower Bridge juga menjadi tempat yang mana anda dapat melihat ramai pelancong berkumpul untuk bergambar. Ia merupakan jambatan yang paling terkenal di seluruh dunia, yang dibina di antara tahun 1886 dan 1894.

Namun jangan tersilap, kerana ramai yang tersalah anggap bahawa Tower Bridge ini sebagai London Bridge. Tower Bridge dan London Bridge adalah dua lokasi berlainan.

selfie bersama tower bridge

Jambatan ini merentasi Sungai Thames daan mempunyai laluan pejalan kaki di sepanjangnya. Bukan sahaja menjadi tempat mengambil gambar amatur, malah ia menjadi lokasi bagi jurugambar profesional bagi menghasilkan foto yang menarik.

3. Pondok telefon merah

pondok telefon merah

Memang tak sah kalau melawat ke kota London jika tak bergambar dengan pondok telefon berwarna merah yang sangat ikonik ini. Dalam zaman serba canggih ini, amat jarang pondok telefon ini digunakan dan bilangannya sudah semakin berkurangan.

Reka bentuknya dihasilkan oleh Sir Giles Gilbert Scott dan menjadi salah satu trademark kota London. Pondok telefon ini mempunyai beberapa generasi, dan pada tahun 2006, pondok telefon generasi kedua iaitu K2 diundi sebagai salah satu daripada 10 reka bentuk ikon di Britain.

red phone box

Lokasi yang paling mudah untuk mengambil gambar dengan pondok telefon ini adalah berdekatan Westminster Abbey, beberapa minit jalan kaki dari Big Ben.

4. Istana Buckingham

keindahan istana buckingham di westminster london

Istana Buckingham paling terkenal di dunia ini merupakan kediaman (di London) dan ibu pejabat pentadbiran kerajaan yang memerintah kerajaan United Kingdom dan terletak di Westminster. Ia merupakan kediaman rasmi Ratu Elizabeth II dari hari Isnin hingga Jumaat.

selfie bersama istana buckingham

Istana ini biasanya dipenuhi dengan orang ramai yang tak mahu melepaskan peluang bergambar. Ia sangat majestik dan jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat kereta kuda melewati ini. Lebih lagi, anda mungkin dapat melihat kereta yang membawa Ratu England memasuki pintu masuk istana ini.

5. Papan tanda jalanan

papan tanda di london

Seperti pondok telefon merah, papan tanda di jalanan bukanlah dikira sebagai lokasi. Namun, ia menjadi salah satu tempat untuk mengambil gambar bagi kebanyakan pelancong yang menandakan mereka telah sampai ke sesuatu tempat.

papan tanda jalanan di sekitar kota london

papan tanda jalanan di london

Dan di London, papan-papan tanda adalah sangat jelas, unik dan lain daripada yang lain. 

6. London Eye

london eye struktur ikonik london

Dari jauh anda sudah dapat melihat roda Ferris ini. Ia terletak di South Bank di tepi Sungai Thames. Ia merupakan satu struktur ikonik bagi kota London. Malaysia juga mempunyai roda Ferris ini yang diberi nama Eye on Malaysia yang berketinggian 60 meter, namun London Eye lebih tinggi dengan ketinggian 135 meter.

london eye pada waktu malam

Ketika dibuka kepada orang awam pada tahun 2000, ia merupakan roda Ferris tertinggi di dunia. Kalau dah sampai, jangan ambil gambar sahaja, anda harus menaiki roda Ferris ini dengan harga £26 (RM142) bagi dewasa dan £21 (RM115) bagi kanak-kanak.

Satu pusingan roda ini mengambil masa 30 minit dan anda dapat melihat seluruh kota London dari struktur ini.

7. Kings Cross Station

stesen kereta api king cross

Ini adalah stesen keretapi yang wajib anda bergambar. Kelihatan seperti mana-mana stesen, namun ada keistimewaannya. Jika anda pernah menonton siri Harry Potter, pasti anda ingat di Harry pergi ke sekolahnya, Hogwarts, memasuki sebuah dinding di stesen kereta api. 

laluan harry potter untuk ke hogwarts

Ya, stesen tersebut adalah King Cross Station. Terdapat troli yang membawa bagasi-bagasi Harry berada separuh di dalam dinding dan separuh lagi di luar. Memang tak boleh lepaskan peluang ini kalau anda seorang peminat Harry Potter!


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)