Mahukah anda memakai topi yang mempunyai panel solar yang mampu mengecas telefon anda. Jika anda mahu, sebuah startup dari Los Angeles yang menamakan diri mereka sebagai Unique Creative Ideas (UCI) ingin memperkenalkan SolSol, produk fesyen yang juga mampu mengecas telefon anda.
Topi ini mampu mengecas telefon pada kadar 200mAh sejam, agak perlahan jika dibandingkan dengan kadar powerbank biasa yang rata-ratanya berkadaran 1000mAh hingga 2100mAh satu jam
.Port besar UBS perlu dicucuk ke plug yang ada di bahagian topi.
Topi dipakai seperti biasa dan anda bebas melakukan aktiviti harian.
Adakah anda berminat dengan produk ini atau pada pandangan anda, powerbank jauh lebih praktikal? Syarikat startup ini sedang berusaha untuk meningkatkan kadar pengecasan yang mampu dijana oleh produk ini jadi kita kita tunggu dan lihat, adakah ini akan menjadi trend atau hanya sekadar menjadi satu produk demo yang akan ditlupai akibat ditelan zaman.