Oleh pada 11 Jan 2018 kategori

pope dan chaplin

Topi merupakan salah satu aksesori pakaian yang terkenal terutamanya dalam kalangan lelaki. Bagi sesetengah orang, topi merupakan satu keperluan dari segi pemakaian mereka bagi meningkatkan keyakinan diri dan menjaga penampilan mereka. Dalam artikel ini, saya ingin berkongsi 10 topi yang termahal di dunia.

10. Billie Jean Fedora milik Michael Jackson (RM25,000)

BESARKAN TEKS     A-  A+

topi milik michael jackson

Siapa yang tidak kenal Michael Jackson atau nama sebenarnya Michael Joseph Jackson? beliau yang sangat terkenal sebagai seorang penyanyi, penari, penghibur telah diberi gelaran 'Raja Pop' oleh para peminatnya. Topi yang dipakai oleh Michael Jackson semasa mempersembahkan lagu Billie Jean semasa acara Michael Jackson: 30th Anniversary television special pada tahun 2001 telah dijual dengan harga RM25,000.

michael jackson semasa mempersembahkan lagu billie jean

9. Big Wing Hat Cap (RM35,000)

topi big wing hat

Big Wing Hat Cap merupakan topi yang telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang cukup terkenal di seluruh dunia iaitu syarikat Honda. Syarikat ini telah menghasilkan topi ini yang diperbuat daripada gabungan fabrik berkualiti tinggi, PVC dan plastik. Topi ini juga telah dihasilkan melalui proses mesra alam yang tidak mencemarkan alam sekitar.

8. Topi Panama Straw oleh Optimo Hat (RM80,000)

topi panama straw

Optima Hats yang berpangkalan di Chicago merupakan salah satu pembuat topi persendirian yang masih terkenal sehingga hari ini. Mempunyai dua cawangan yang terletak di Windy CIty, salah satu topi yang paling terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah topi Panama yang diperbuat daripada jerami yang banyak ditemui di Ecuardo. 

7. Topi Panama Montecristi (RM100,000)

topi panama montecristi

Topi Panama Montecristi merupakan topi yang sangat sukar untuk dihasilkan kerana ia ditenun dengan teliti dan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk disiapkan. Topi ini telah dihasilkan oleh sebuah syarikat yang dimiliki oleh seorang peminat topi panama yang bernama Encik Brent Black.

6. Bowler Hat milik Charlie Chaplin (RM250,000)

charlie chaplin

Charlie Chaplin merupakan seorang pelakon, penulis dan juga pengarah yang sangat terkenal suatu ketika dahulu. Pada tahun 2012, topi ini bersama dengan tongkat yang sering digunakan oleh Charlie Chaplin telah dilelong dan dijual pada harga melebihi RM250,000.

5. The Hat (RM400,000)

the hat

Topi ini telah dibuat oleh penggemar Panama yang terkenal iaitu Simón Espinal. Beliau hanya menghasilkan topi sebanyak 3-4 dalam setahun. Topi ini sangat ringan dan halus dan ia telah dihasilkan menggunakan jerami toquilla Ecuador yang sangat halus.

4. Topi perkahwinan Puteri Beatrice Royal (RM535,000)

princess beatrice royal sedang memakai topi perkahwinannya

Topi unik ini telah direka oleh Irish Treacy. Puteri Beatrice hanya memakai topi sekali, iaitu semasa perkahwinan antara sepupunya, Prince William dan Kate Middleton pada 29 April 2011. Topi ini telah dilelong di eBay pada tahun 2011 pada harga yang sangat tinggi dan wang yang diperloleh daripada jualan topi itu telah didermakan kepada badan derma yang bertanggungjawab untuk kanak-kanak yang miskin.

3. Topi Deep Blue Sea (RM3.6 juta)

topi deep blue sea

Topi unik ini telah direka oleh pereka topi yang bernama Australian Ann Maree Willett. Topi ini telah diperkenalkan pada dunia pada bulan Februari tahun 2007 semasa minggu fesyen Milan. Topi ini mahal kerana ia dihiasi dengan opal yang berharga RM3 juta. Selepas dipamerkan di pelbagai platform fesyen, topi ini telah dilelong. Malangnya, topi ini masih tidak terjual sehingga hari ini.

2. Chapeau d’Amour (RM10.8 juta)

chapeau d amour

Chapeau d'Amour (The Love Hat) merupakan topi yang amat pelik. Topi ini pertama kali diperkenalkan di galeri Christie di London, di mana seorang wanita memakai topi ini sambil bermain seluring ketika berada di atas pentas. Topi ini diperbuat daripada fabrik platinum dan dihiasi dengan beberapa permata yag berharga.

1. The Pope’s Tiara (RM40 juta)

the pope s tiara

Tiara ini merupakan 'topi' yang termahal yang pernah dibuat. Tiara ini telah dihiasi dengan pelbagai barangan kemas antaranya ialah 540 mutiara, 11 berlian, 33 batu permata, 28 permata spinel, 22 zamrud, lapan safir, empat batu permata jepun, 24 elemen emas, sembilan batu permata garnet dan satu keping permata topaz dan chrysolite.

Sumber rujukan :

successstory.com

therichest.com

insidermonkey.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)