Sebagai negara pengeksport terbesar dunia, China mempunyai masalah yang serius mengenai pencemaran udara. Bilangan kilang yang banyak menyumbang kepada pencemaran udara melalui pembebasan gas rumah hijau. Sejak kira-kira 10 tahun lalu, kerajaan China telah mengharamkan penggunaan arang batu di kilang-kilang untuk mengurangkan pencemaran ini.

Walau bagaimanapun, kira-kira 10 tahun yang lalu kerajaan China telah mengambil langkah yang proakfit dalam usaha memelihara dan meulihara alam sekitar. Antara usaha yang dilakukan adalah penjanaan tenaga melalui sumber alternatif lain seperti tenaga nuklear dan penjanaan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar dan tenaga angin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

china solar farm

Syarikat Sungrow Power Supply telah mengumumkan mereka telah menyiapkan sebuah projek membangunkan panel tenaga solar yang dipercayai terbesar di dunia. Panel gergasi tersebut telah dibina di perairan Huainan yang dahulunya sebuah kawasan lombong arang batu. Projek ini dijangka dapat membekalkan tenaga kepada kira-kira 15 000 buah rumah.

Strategi pembinaanya di kawasan perairan merupakan satu strategi yang bijak kerana ianya tidak mengambil ruang kawasan darat selain lokasinya di kawasan air memudahkannya untuk kekal apda suhu optimunya secara semulajadi.

solar panel

Mengikut kajian, penggunaan tenaga solar merupakan kaedah ke 8 terbaik untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau. Tenaga solar masih kurang popular di seluruh dunia dimana ianya hanya membekalkan 0.4% daripada tenaga elektrik tetapi penggunaannya semakin meningkat di serata dunia.

Selain itu, mengikut perangkaan pula sekiranya penggunaan tenaga solar dapat dipertingkatkan sehingga 10% menjelang 2050, ianya dapat menghalang 43.7 bilion tan gas karbon dioksida daripada terbebas ke udara. Semestinya usaha kerajaan China dalam menangani pencemaran alam sekita haruslah dipuji dan diikuti negara lain.

Menurut beberapa sumber, pihak Israel dilaporkan sedang membina ladang panel solar yang terbesar di dunia.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)