Dalam zaman yang penuh dengan gajet ini, kebanyakan pengguna hanya mementingkan dua perkara apabila ke mana-mana sekalipun - network dan bateri. Tanpa dua benda ini, hidup boleh jadi gelisah dan tidak tentu arah.

Paling menyakitkan hati apabila anda baru nak buat satu panggilan penting, nak membalas mesej atau menghantar lokasi tapi tiba-tiba bateri mati.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam menangani masalah bateri cepat mati ini, macam-macam panduan dan petua yang anda selalu baca. Salah satunya ialah dengan membiarkan bateri mati sepenuhnya sebelum dicas semula. Mereka kata, cara ini boleh memanjangkan jangka hayat bateri.

Persoalannya, mujarabkah petua ini?

wifi bateri satu keperluan dalam hidup zaman moden 2

Kenali bateri gajet anda

Kebanyakan alatan elektronik moden kini rata-rata menggunakan bateri ion-Litium. Ini termasuklah laptop, telefon pintar, tablet, fon kepala Bluetooth dan lain-lain. Jadi, apa kata kita fahami terlebih dahulu tentang bateri ini.

Bateri ion Litium, yang sering dipendekkan menjadi Li-ion bergantung kepada ion-ion Litium sebagai komponen utama dalam elektrokimianya. Seperti kesemua bateri yang lain, bateri Li-ion juga mempunyai dua terminal iaitu anod dan katod yang dipisahkan oleh satu elektrolit.

Anod vs katod

Apabila bateri dimasukkan ke dalam gajet dan menjadi sebahagian daripada litar lengkap, ion Litium yang bercas positif akan bergerak menuju katod yang bercas negatif. Oleh itu, katod akan menjadi semakin positif sehingga menyebabkan elektron dari anod bergerak menuju katod.

cara bateri li ion menyalakan gajet anda

Elektron mahu menuju ke katod dengan segera dan menuju jalan pintas, namun elektrolit di antara elektrod menghalangnya daripada berbuat demikian. Jadi, elektron-elektron ini 'terpaksa' merentasi peranti (telefon, laptop, dll.) terlebih dahulu. Situasi inilah yang memberikan kuasa elektrik kepada gajet anda.

Boleh cas semula dan guna sampai bila-bila ke?

Bateri Li-ion boleh dicas semula agar dapat digunakan berulang kali. Apabila peranti dipasang kepada pengecas, ion Litium akan bergerak ke arah bertentangan iaitu dari katod ke anod. Elektron ini akan bergerak sehingga anod mempunyai ion Litium secukupnya dan bateri anda pun menjadi 100% 'penuh'.

cas semula bateri gajet li ion

Sekiranya gajet anda menggunakan bateri Li-ion, tabiat membiarkan bateri 'kong' atau ternyahcas sepenuhnya adalah satu amalan yang tidak disarankan. Ini disebabkan ia boleh menyebabkan katod mengalami degradasi mekanikal ataupun memberi kesan sampingan kepada elektrod dan larutan elektrolit.

Isu-isu dalaman ini boleh menyebabkan jangka hayat bateri anda menjadi lebih pendek.

teknologi zaman moden gajet bateri

Bila anda perlu mula pasang charger?

Setiap kali gajet anda 'kong' dan ternyahcas sepenuhnya, bateri anda akan menjadi lemah sedikit demi sedikit. Jika anda menggunakan bateri dari 100% sehingga 0%, ia boleh melemahkan bateri sehingga 70% daripada kapasiti sepatutnya dalam masa 300-500 kitaran pengecasan sahaja. Sebab itulah selepas baru beberapa bulan guna, anda rasa bateri cepat mati.

Tempoh yang paling afdal untuk anda mula mengecas semula bateri adalah semasa ia berada antara 30-80% kerana ia merupakan nilai paling optimum untuk memanjangkan jangka hayat bateri.

berlari cari charger bila bateri nak mati

Jadi, jangan tunggu sampai 1 - 2% baru kelam-kabut nak cas semula ya! Semoga panduan ini bermanfaat.

Rujukan:

1. Clean Energy Institue, University of Washington

2. Battery University

3. Popular Mechanics




Hakcipta iluminasi.com (2017)