Sudah banyak kajian saintifik yang dibuat ke atas kesan penggunaan telefon pintar. Walaupun ia banyak memudahkan kehidupan harian manusia namun ia banyak membuatkan kita berjaga malam, membuatkan kita sentiasa tidak fokus dan ingin menyemak notifikasi baru serta ia juga dilaporkan sebagai salah satu punca kegemukan.

Terbaru, satu kajian mendapati telefon pintar dan peranti memberi kesan kepada manusia walaupun telah dimatikan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penyelidik dari University of Texas menjalankan dua ujian berbeza ke atas 800 pengguna telefon pintar.

semua orang nak jadi jurugambar dengan telefon pintar

Ujian pertama memerlukan mereka menyiapkan satu tugasan dengan meletakkan telefon masing-masing berhampiran dalam keadaan mod senyap (silent mode).

Semua subjek kemudian perlu mengambil ujian berkomputer yang memerlukan tumpuan sepenuhnya. Telefon mereka pula perlu disimpan sama ada di atas meja secara menghadap ke bawah, di dalam poket atau beg, ataupun ditinggalkan di dalam bilik yang lain.

ketagih telefon sampai langgar tiang

Subjek yang meninggalkan telefon di bilik lain mendapat keputusan yang paling baik manakala subjek dengan telefon di atas meja merupakan kumpulan yang paling terganggu.

Dalam eksperimen seterusnya, mereka perlu menyiapkan tugasan yang sama namun kali ini telefon mereka dibiarkan menghadap ke atas seperti biasa, di dalam poket atau beg, ataupun di dalam bilik lain. Manakala terdapat juga peserta yang sengaja disuruh mematikan telefon.

antisosial dengan kewujudan telefon

Eksperimen kedua ini mendapati mereka yang amat bergantung dengan telefon mempunyai keputusan ujian paling teruk berbanding mereka yang tidak terlalu bergantung dengan telefon. Tidak ada perbezaan sama ada telefon dimatikan atau tidak - kehadiran telefon itu sahaja sudah cukup untuk menghalang mereka daripada menumpukan perhatian sepenuhnya.

Menurut salah seorang penyelidik, Adrian Ward, keputusan eksperimen itu menunjukkan arah aliran linear yang menyatakan bahawa selagi telefon itu dapat dilihat, kapasiti kognitif seseorang akan berkurangan.

bawa basikal secara berbahaya

Dalam erti kata lain, anda bukannya memikirkan tentang telefon tersebut, tetapi proses fikiran yang memerlukan anda untuk tidak berfikir tentang telefon tersebut telah menggunakan sumber kognitif yang ada sehingga menyebabkan anda menjadi dungu.

Anda tidaklah perlu menjadi keterlaluan sehingga nak campak telefon ke dalam sungai. Marilah kita sama-sama cuba untuk tidak menjadi orang dungu dan kurangkan bergantung hidup dengan telefon pintar. 

Jangan jadi antisosial dan jangan bazirkan kapasiti otak anda!

Rujukan: Journal of the Association for Consumer Research




Hakcipta iluminasi.com (2017)