manything app product photos 5

Pasti ramai ibu bapa yang mengalami masalah risaukan anak-anak yang ditinggalkan di rumah dengan pembantu dan mahukan sistem keselamatan rumah yang mampu kita pantau sendiri tanpa belanja besar.

Sistem keselamatan yang ada kebanyakannya memerlukan harga ribuan ringgit dan sudah pastilah bukan semua mampu memiliknya tapi, apa opsyen bagi mereka yang mahukan satu sistem yang tidak memerlukan belanja besar?

Saya mencadangkan agar anda memuat turun aplikasi bernama Manythings sebagai satu pilihan yang anda boleh cuba.

iluminasi cctv percuma5

Seperti kebanyakan sistem keselamatan lain, Manythings memerlukan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu kamera untuk memantau situasi di dalam rumah dan apa yang diperlukan Manythings hanyalah satu telefon pintar anda sebagai pengawal dan satu telefon lain sebagai kamera, untuk menyalurkan feed video kepada telefon pengawal.

Apa yang perlu dibuat adalah dengan memuat turun aplikasi tersebut kepada kedua-dua telefon yang anda miliki dan letakkan telefon yang akan bertindak sebagai kamera di tempat yang anda rasakan sesuai. Nak sorok ke nak gantung di siling, terpulanglah pada kreativiti anda.

iluminasi cctv percuma3

Bagi penggunaan secara percuma, anda hanya dibenarkan menggunakan 1 peranti sebagai kamera dan 1 peranti sebagai kawalan & tidak ada fungsi perakam video. Pada pendapat saya cukuplah kalau hanya sekadar untuk membantu tuan rumah mengawasi keadaan rumah. Ianya percuma dan masih mempunyai kebolehan mengesan pergerakan serta pengguna boleh menghantar audio melalui telefon pengawal kepada telefon yang bertindak sebagai kamera.

Bagi mereka yang mahu sistem perakam, terdapat bayaran langganan yang perlu dibayar setiap bulan bergantung kepada jumlah kamera yang diperlukan dan saya akui, bayarannya agak mahal. Bukan semua orang mahu perlindungan sedemikian rupa.

iluminasi cctv percuma

Saya sudah mencuba sendiri aplikasi ini menggunakan telefon saya dan memang benar, ia berfungsi dengan baik serta mampu menghantar video secara langsung kepada saya walaupun saya berada di luar rumah.

Tidak ada apa-apa risiko yang perlu anda tanggung untuk tidak mencuba aplikasi ini, jadi saya sarankan kepada mereka yang memerlukan sistem CCTV rumah secara percuma dan ada telefon pintar lebih yang tidak digunakan, cubalah aplikasi Manything.

Agak berguna bukan jika ada ibu bapa yang mahu memantau kegiatan pembantu rumah semasa mereka tiada di rumah dalam memastikan keselamatan anak anda terjaga?

Muat turun di

Play Store untuk Android

App Store untuk Peranti Apple


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)