Telekung merupakan satu perkara penting dalam kehidupan seorang wanita Muslimah. Apatah lagi ia digunapakai untuk menghadap Allah swt lima kali sehari. Pemilihan telekung amat dititikberatkan dari pelbagai faktor termasuk jenis fabrik yang berkualiti tinggi, jahitan yang kemas, corak dan rekaan yang menarik serta potongan bentuk muka yang sesuai.
Elemen ini sekaligus menawarkan keselesaan bagi si pemakai. Selain dari itu, perincian rekaan seperti renda dan corak bunga juga sering menjadi pilihan wanita Muslimah moden. Di sini akan dikongsikan kepada anda 10 jenama telekung popular di Malaysia sebagai panduan untuk memilih telekung pilihan.
1. Telekung Al-Kauthar
Telekung Al-Kauthar adalah salah satu nama yang tidak asing lagi bagi wanita Muslimah moden yang mahukan telekung yang tampak eksklusif dan elegan. Mungkin sesetengah dari anda tidak pernah mendengar tentang jenama Al-Kauthar, walaubagaimanapun, sebenarnya jenama ini adalah di antara jenama-jenama yang besar di Malaysia.
Al-Kauthar sudah memiliki lebih daripada 20 cawangan di seluruh Malaysia, Al-Kauthar menawarkan telekung yang berkualiti tinggi dari segi jahitan dan kualiti kain. Al-Kauthar merangkumi pelbagai koleksi yang menarik mengikut pilihan dan citarasa wanita Muslimah yang pasti, membuat si pemakai terpikat pada jenama ini.
Jika anda belum mencuba telekung keluaran Al-Kauthar, anda patut mencuba dan anda pasti jatuh hati dengan keselesaan ketika memakainya terutama di muka.
Anda boleh lihat dengan lebih terperinci di Telekung Al-Kauthar.
2. Telekung Siti Khadijah
“Lambang Cinta Abadi”. Jenama ini sudah pasti anda selalu dengar di corong-corong radio dan juga di ‘billboard’ sepanjang jalan. Telekung Siti Khadijah memiliki keistimewaan dari segi fabrik yang berkualiti, rekaan dan bentuk muka yang selesa, serta pemilihan sulaman dan warna yang menarik sebagai pilihan para wanita. Ia juga menawarkan set telekung ibu dan anak yang sudah pasti akan menarik minat si kecil anda.
Layari Sitikhadijah.com untuk lihat dengan lebih lanjut.
3. Telekung Zara Awliya
Telekung Zara Awliya menawarkan telekung yang diperbuat dari fabrik kapas dan sutera premium Jepun bagi menjamin keselesaan pengguna. Menepati konsep mesra pengguna, Zara Awliya juga menyediakan pelbagai kelengkapan umrah dan haji. Oleh itu, Telekung Zara Awliya semestinya mudah dibawa bersama ke mana sahaja, dengan set telekung dan beg ‘travel’ sama warna yang menarik. Dengan harga yang berpatutan serta koleksi yang menarik, Telekung Zara Awliya sudah pasti menjadi pilihan wanita Muslimah.
Layari Facebook Zara Awliya untuk maklumat lanjut.
4. Telekung Kareful
Telekung Kareful mempunyai pelbagai jenis reka bentuk dan warna yang anda boleh pilih. Telekung keluaran jenama ini diperbuat dari fabrik kapas dan dihalusi dengan hiasan serta corak bunga-bunga yang cantik. Ia juga disertakan sekali dengan beg comel yang sepadan dengan Telekung Kareful yang pasti digemari wanita-wanita muda. Dengan beg ini juga, sudah pasti akan memudahkan urusan anda di luar.
LayariTelekung Kareful untuk lihat koleksi yang ditawarkan.
5. Telekung Azalea
Bagi wanita yang meminati fabrik kapas berat serta telekung yang padat dengan sulaman yang indah, Telekung Azalea pasti menjadi pilihan anda. Disertakan bersama beg kecil yang sepadan, mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia juga sesuai untuk dijadikan hantaran atau hadiah untuk yang tersayang.
Layari Facebook Telekung Azalea untuk maklumat lanjut.
6. Telekung Tea
Telekung Era Alem atau lebih dikenali sebagai TEA, menjanjikan keselesaan dari rekaan yang menarik serta warna yang cantik. Ia merupakan telekung dengan gabungan rekaan tradisional dan moden yang dihasilkan dengan jahitan kualiti tinggi. Sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah mahupun kegunaan anda seharian.
Klik Telekung Era Alem untuk lebih banyak pilihan yang menarik.
7. Telekung An-Najwa
Telekung An-Najwa menawarkan pelbagai pilihan dan juga rekaan merangkumi variasi warna dan fabrik yang bermutu tinggi. Rekaan yang ringkas, dengan sulaman bunga yang indah pasti menarik minat anda. Selain itu, Telekung An-Najwa juga menghasilkan telekung untuk comel khas untuk si cilik, yang sepadan antara ibu dan anak.
Layari Telekung An-Najwa untuk maklumat lanjut.
8. Telekung Aleena
Telekung Aleena menghasilkan telekung yang selesa menggunakan fabrik kapas dan campuran polyester. Bukan sahaja Aleena menghasilkan rekaan menarik dengan teknik sulaman yang cantik, malah ia juga terdiri daripada pelbagai warna. Telekung Aleena didatangkan dalam ‘free size’ bagi kemudahan dan keselesaan pengguna tidak kira usia remaja sehingga dewasa.
Klik Telekung Aleena untuk lebih banyak pilihan rekaan dan warna.
9. Telekung Hawa Muslimah
Telekung Hawa Muslimah menjanjikan keselesaan maksima kepada pengguna dengan menawarkan rekaan serta bentuk muka dengan pelbagai jenis saiz. Didatangkan dengan sulaman indah serta poket di bahagian kain, pasti anda akan rambang mata dengan koleksi Telekung keluaran Hawa Muslimah ini.
Layari Facebook Hawa Muslimah untuk maklumat lanjut.
10. Telekung Zaahara
Telekung Zaahara terkenal dengan banyak reka bentuk telekung dan keselesaan untuk si pemakainya. Telekung Zaahara mempunyai pelbagai reka bentuk, warna, keselesaan yang dapat memenuhi semua jenis pelanggan malah ia juga menawarkan harga yang berpatutan bagi mereka yang mahukan sentuhan mewah tetapi dengan harga mampu milik.
Untuk lebih banyak pilihan telekung, layari Telekung Zaahara.