iluminasi nama lama jenama terkenal7 764

Penjenamaan adalah satu proses penting dalam menghasilkan sesuatu produk. Tanpa jenama yang mudah diingati, sukar untuk melakukan pemasaran yang efektif bagi produk yang membawa jenama tersebut.

Lagipun, dunia pemasaran ketika ini memerlukan sesuatu yang mudah diingati yang diharapkan mampu kekal menjadi 'trend' atau 'catchphrase' bagi masyarakat dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Nasib baiklah 5 jenama berikut mengubah jenama mereka, kalau tidak, rasanya pasti hala tuju syarikat tersebut berbeza berbanding sekarang.

1. Blue Ribbon Sports

iluminasi nama lama jenama terkenal

Cuba teka, Blue Ribbon Sports adalah nama lama apa? Blue Ribbon Sports atau BRS adalah nama lama bagi jenama Nike yang kini cukup terkenal di serata dunia. Dengan hanya meletakkan logonya sahaja sudah cukup untuk kita tahu "itu Nike" menunjukkan betapa hebatnya kuasa pemasaran Nike. Kalaulah Nike masih lagi mengekalkan nama BRS macam mana la agaknya? "BRS - Just Do It." Janggal!

2. AuctionWeb/ Echo Bay

iluminasi nama lama jenama terkenal2

AuctionWeb adalah nama asal bagi eBay. Pengasas eBay, Peter Omidyar sebenarnya memiliki beberapa laman web lain yang didaftarkan di bawah syarikatnya, dengan AuctionWeb hanya satu cabang berasingan. Namun selepas berjaya menjual beberapa barangan melalui AuctionWeb, ia mula popular. Omidyar cuba mendaftar laman web Echo Bay untuk menjadi alamat rasmi AuctionWeb namun alamatnya sudah didaftarkan. Dia mengambil pandangan orang ramai dan memendekkan Echo Bay menjadi eBay yang kita tahu sehingga sekarang.

3. Peter Super Submarine's

iluminasi nama lama jenama terkenal3

Rasanya ramai antara kita gemar makan sandwinch di Subway, yang dulunya agak kurang dikenali tetapi kini dah berada di mana-mana sahaja. Peter Super Submarine's adalah nama lama bagi Subway. Selepas Peter Super Submarine's tidak mendapat sambutan, pengasas Subway iaitu Dr.Peter Buck menukar nama kepada jenama rotinya kepada Doctor's Associates Inc. untuk menggunakan kedudukannya sebagai pemegang Ph.D dalam jenama. Namun masih lagi menemui jalan buntu. Akhirnya dia memilih nama Subway dan produknya mula menjadi terkenal.

4. Brad's Drink

iluminasi nama lama jenama terkenal4

Pada tahun 1893, Caleb Bradham melakukan beberapa eksperimen menghasilkan minuman berkarbonat yang lazat. Selepas berjaya menemui resipi minuman yang membantu pencernaan dan menambah tenaga seperti diinginkan, Caleb pun menjual produknya dengan nama Brad's Drink. Pada 1898, oleh kerana permintaan meningkat dan Brad's Drink memerlukan penjenamaan semula, sempena mengambil tujuan asal minuman tersebut dihasilkan iaitu membantu 'dyspepsia' atau ketidakboleh hadaman serta kacang kola yang dijadikan bahan resipi, lahirlah nama Pepsi-Cola.

5. Backrub!

iluminasi nama lama jenama terkenal5

"Jika kita tak tahu sesuatu, Backrub saja dia!" Jika Google tidak dijenamakan semula, mungkin itulah yang akan kita buat sekarang. Backrub adalah nama lama bagi Google yang diambil daripada data capaian yang lebih baik yang datang daripada 'Backlink' laman-laman web pada tersebut. Merasakan Backrub bukanlah nama yang elok untuk terus diguna pakai, pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin menukarkan Backrub menjadi 'Google' yang berpunca dari perkataan 'googol' - sejenis istilah matematik dalam bentuk binari mewakili nilai 1 yang disusuli dengan 100 angka 0 selepasnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)