Oleh pada 30 Aug 2017 kategori

kredit gambar : IG theduckgroup 

Sempena Merdeka ini, banyak jenama-jenama fesyen tanah air yang mengeluarkan koleksi baju atau tudung bertemakan Merdeka. Masih teringat zaman kanak-kanak ada ibu bapa yang memakai sedondon satu keluarga bertemakan Jalur Gemilang. Masih ada yang akan pakai sedondon Jalur Gemilang untuk tahun 2017 ni?

Setelah membuat sedikit kajian, penulis tertarik dengan beberapa jenama yang menggunakan tema Merdeka sebagai koleksi terbaru tudung mereka. Rata-rata jenama menggunakan motif KL atau bunga raya ada ada juga yang menggunakan motif Jalur Gemilang. Namun ada yang lebih menarik! Jom lihat TOP 5 KOLEKSI TUDUNG MERDEKA/MALAYSIA PILIHAN.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Awanscarf

tudung awanscarf corak peta malaysia

kredit gambar : awanscarf FB & awanscarf IG

Jenama Awanscarf ni masih baru dalam pasaran, mungkin koleksi Merdeka mereka kali ini adalah yang pertama. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kerana menampilkan kelainan. Awanscarf mengeluarkan koleksi yang bernama “Tanah Airku” (Malaysia Map). Koleksi peta bukan lah sesuatu yang baru, tapi peta Malaysia secara lebih spesifik agak “fresh” dan dihiasi dengan batu kristal di setiap ibu negeri. 

Idea rekaan yang bijak! Terdapat 6 warna pilihan dan koleksi ini tampak cantik, bergaya dan sesuai dipakai oleh wanita bekerjaya ataupun ‘fashionista’ yang sukakan sesuatu yang ‘limited’ atau ‘special’. Harga yang tertera adalah RM99 dan berbaloi jika dinilai dari sudut rekaan, warna, material dan bungkusannya yang menampilkan peta Malaysia dan harga tersebut adalah harga mampu milik. I’M LOVING IT!

2. Duckscarves

tudung duck scarves merdeka edition limited 579

kredit gambar duckscarves.com

Menjadi satu fenomena, dan Datin Vivvy adalah ikon usahawan, jadi memang jenama Duckscarves akan terpampang di artikel sebegini. Keluaran DUCK KL Merdeka Edition menggunakan rekaan “ICONIC” mereka, iaitu ‘The Kuala Lumpur’ dan digabungkan bersama warna Jalur Gemilang dan penggunaan warna dwitone melengkapkan lagi rekaan ‘iconic’ ini. 

Terdapat 4 warna pilihan, iaitu Merah, Biru, Kuning & ‘Mixed’. Dijual pada harga RM300, harga mampu tengok bagi kebanyakan masyarakat. Walaubagaimanapun, Duck mempunyai pasaran dan kelas tersendiri, jadi harga tersebut adalah sejajar dengan koleksi ini. OF COURSE I’M LOVING IT!

3. TudungPeople 

merdeka tudungpeople

kredit gambar : tudungpeople

Berbeza dengan jenama TudungPeople di mana jenama ini menggunakan motif bunga raya sebagai tema koleksi Merdeka. Penggunaan warna yang lembut dan kombinasi warna yang menarik menjadikan koleksi Merdeka TudungPeople antara yang cantik dan nampak mewah dan segar. 

Koleksi ini dinamakan LE Hibiscus dan terdapat 10 warna pilihan dimana warna warna pilihan tersebut dinamakan berdasarkan bandar-bandar di Malaysia seperti Ipoh, Georgetown, Kuching dan sebagainya. Dijual pada harga RM176 dan ia didatangkan bersama kotak eksklusif melengkapkan lagi koleksi Merdeka kali ini. I DEFINITELY LIKE IT! 

4. Gemawan Batik 

gemawan batik merdeka limited edition

kredit gambar : IG gemawan.batik

Jenama Gemawan Batik ini pula menggunakan motif yang sama seperti TudungPeople, namun apa yang membezakan jenama ini adalah penggunaaan lukisan batik dalam rekaan tudung tersebut. Rekaan batik jenama ini agak ringkas namun memperlihatkan nilai patriotik yang lebih tinggi di mana gabungan yang bernas antara lukisan batik, bunga raya merah, jalur putih di atas biru gelap memperlihatkan nilai-nilai Malaysia bagi rekaan tersebut. Terdapat satu warna sahaja dan harga yang dijual adalah RM149. I’M DIGGING IT! 

5. Oyascarves 

oyascarves tudung merdeka jalur gemilang

kredit gambar : IG Oyascarves

Kebanyakan jenama lain fokus kepada satu motif dan mengeluarkan beberapa warna pilihan, namun berbeza bagi jenama Oyascarves, jenama ini mengeluarkan 3 motif rekaan iaitu bunga raya, jalur gemilang dan KL dan setiap motif hanya satu warna dikeluarkan. Apa yang menarik perhatian adalah motif jalur gemilang di mana kombinasi warna yang menarik dan tidak terlalu terang seperti memakai bendera di atas kepala. 

Kombinasi warna yang terang dan lembut digabungkan menjadikan tudung bawal ini tidak terlalu berat dan agak selamat. Namun, tak ramai yang berani untuk pakai kombinasi atau rekaan sebegini pada hari-hari biasa, melainkan perarakan Merdeka atau ‘function’ tertentu. Namun, sekali sekala mencuba sesuatu yang berani apa salahnya kan? Harga dijual adalah RM35 dan harga tersebut mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. I COULD WEAR THAT!




Hakcipta iluminasi.com (2017)