Oleh pada 13 Jan 2023 kategori

Setiap hari kita menggunakan bermacam produk yang datang dengan pelbagai jenis jenama. Ada jenama yang terkenal di seluruh dunia, ada yang dikenali dalam pasaran tempatan sahaja.

Beberapa jenama mudah difahami apa makna namanya. Bagi banyak jenama ikonik di seluruh dunia, jenama atau label yang mereka bangunkan menggunakan istilah yang sukar difahamkan apa maknanya.

Berikut adalah beberapa jenama yang popular yang mempunyai nama yang bermisteri dan kadangkala, hanyalah rekaan.

1. Oral-B

oral b berus gigi

Jenama Oral-B merupakan antara jenama produk penjagaan mulut yang sangat diyakini. Kita tahu 'Oral' bermaksud bahagian mulut, tetapi 'B' itu mewakili apa? 'B" dalam nama 'Oral-B' membawa maksud 'brush' atau berus dalam bahasa Melayu. Senang saja kan?

Ini bermakna nama 'Oral-B' sebenarnya langsung tidak membawa apa-apa makna istimewa, sebaliknya hanyalah mempunyai makna ringkas 'berus bahagian mulut.'

2. Starbucks

asal usul nama starbucks

Kenapa francais kopi gergasi ini namanya 'Starbucks'? Novel klasik Inggeris 'Moby-Dick' memainkan pengaruh yang sangat besar dalam penjenamaan francais ini. 

Pada awalnya, pengasas rangkaian ini mahu menamakan jenama mereka sebagai 'Pequod' sempena nama kapal dalam novel tersebut. Merasakan nama itu kurang sesuai, mereka mencari apakah nama yang sesuai berdasarkan lokasi di Seattle lokasi mereka bertapak. 

Pengasas jenama ini menemui sebuah pekan perlombongan bernama Starbo.

Secara kebetulan, nama salah seorang watak kru kapal Pequod dalam novel klasik itu bernama Starbuck yang mirip dengan nama pekan itu...jadi nama watak itu dipilih sebagai nama jenama mereka.

3. Proton

kenapa proton kereta nasional malaysia

Kami masih kecil semasa kereta keluaran Malaysia pertama iaitu Proton Saga dilancarkan.

Mungkin pada ketika itu, ejaan 'otomobil' masih diguna pakai - membolehkan singkatan kepada 'Perusahaan Otomobil Nasional' ditulis sebagai Proton dan nama ini masih kekal hingga sekarang.

Jika kita betulkan nama ini mengikut sistem perbendaharaan kata kita sekarang, Perusahaan Otomobil Nasional perlu ditulis sebagai Perusahaan AUTOMOBIL Nasional, disingkatkan menjadi PRAUTON. Aneh bunyinya...

4. Ginvera

makna jenama ginvera

"Ginvera...Ginvera...bagi ku Ginvera!" Jenama ini merupakan antara jenama semi-lokal (berasal dari Singapura, tetapi dikeluarkan di Malaysia) yang cukup terkenal satu masa dulu. Iklan yang memaparkan lagu klasik Ginvera menjadi siulan ramai orang. 

Apa kebendanya 'Ginvera' ni? Jawapannya mudah saja!

'Ginvera' adalah gabungan dua istilah iaitu bahan 'ginseng' dan 'aloe vera', yang merupakan dua kandungan utama produk mereka yang diperkenalkan. 

5. Ribena

makna jenama ribena

'Ribena' merupakan antara produk klasik yang mempunyai penjenamaan kuat, sehinggakan kedudukannya dalam senarai pengeluar produk minuman blackcurrant sukar disangkal.

Nama 'Ribena' dicipta oleh pengasas syarikat tersebut sebagai singkatan kepada istilah Latin Ribes nigrum, nama saintifik kepada buah blackcurrant. Untuk mengkomersialkan namanya, ejaannya ditukar kepada Ribena.

6. Asics

asics jenama jepun

Kini sebuah gergasi alat sukan, anda percaya tak Asics bermula dengan penghasilan kasut dari bengkel kecil yang dibuat dalam ruang tamu rumah pengasasnya, seorang lelaki bernama Kihachiro Onitsuka.

Onitsuka percaya kesihatan yang baik adalah tunjang kepada minda yang berjaya.

Jadi dia menamakan jenama kasutnya sebagai "Anima Sana In Corpore Sano" diambil istilah Latin, singkatannya adalah Asics.

7. Haagen-Dazs

haagen dazs ais krim

Bermula sebagai pengeluar aiskrim dengan jenama Senator, pengasas jenama ini Reuben Mattus mahu meletakkan produk mereka yang lebih premium dalam kategori berbeza dan tidak bersaing dengan jenama lain.

Sebagai seorang individu Yahudi yang pernah merasai perang, Mattus berterima kasih kepada negara seperti Denmark kerana banyak membantu pelarian Yahudi berlindung di sana semasa peperangan yang dicetuskan Jerman.

Sebagai penghargaan, Mattus memilih dua istilah rekasaya yang berbunyi seakan dari bahasa Denmark, berbunyi klasik dan premium, tanpa mengandungi sebarang makna.

Nama Haagen-Dazs dibentuk seakan berasal dari negara Scandinavia walaupun sebenarnya langsung tidak berkait dengan mana-mana negara dari sana. Yang penting, bunyinya mewah dan kedengaran berkualiti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)