Kredit: Instagram @f.zzatys & @shuk_sahar
Fara Salleh menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini membuat pengakuan bersumpah bahawa beliau tidak akan menghalalkan mahupun memaafkan atas segala penghinaan, pengkhianatan, hutang dan fitnah yang didakwa dilakukan oleh keluarga pelawak terkenal, Shuk Sahar terhadap dirinya.
"Makilah sepuas-puasnya. Cakaplah. Aku cuma terlalu penat. Aku dedahkan semua ini hari ini kerana apabila ada apa-apa terjadi, pasti aku dipersalahkan.
"Dia cari dan telefon. Kemudian, aku juga dipersalahkan kerana ganggu rumahtangga orang," luahnya.
Menurutnya, beliau sudah bertindak menjauhkan diri dan membuat kehidupan sendiri.
"Tetapi, apabila dia balik 'kantoi' aku juga salah. Orang kata aku gila dan tidak move on. Aku pergi, kau datang semula.
"Siap kata mahu kahwin dan telefon ibubapa aku. Siap janji dan beritahu ayah aku mahu jumpa untuk kahwin," dedahnya.
Selain itu, isteri kepada Shuk, Rossa Sera didakwa menghebahkan pelbagai perkara manakala Shuk pula difahamkan memfitnah Fara kerana mahu menyelamatkan diri.
Di samping itu, beliau mengakui bahawa dirinya telah banyak kali meminta maaf kepada Shuk.
"Aku mahu gembira seperti orang lain yang mempunyai kehidupan normal. Kau kata, sabar sekejap sahaja. Dalam masa sama, aku masih jadi mangsa.
"Aku dipaksa supaya tutup mulut. Aku diugut untuk berdiam diri. Telefon aku dirampas dan semua mesej dipadam.
"Playing victim mengatakan aku paksa. Ayat terakhir aku malam tadi ialah 'Tolonglah Shuk, aku ada cita-cita dan masa depan'.
"Allah sahaja tahu bagaimana dan apa dia cakap melalui telefon mahupun berdepan. Maruah aku memang sudah terlalu hancur kerana mulut keluarga kau yang menghina aku selama ini," rintihnya.
Malah, Rossa dikatakan tidak mengetahui apa-apa tentang kejadian sebenar.
"Mungkin kau boleh menipu netizen dengan memburukkan aku kerana kau artis. Tetapi, kau takkan dapat tutup di mata Tuhan.
"Makilah sepuas kamu, hinalah," tulisnya lagi.
Bagaimanapun, netizen dilihat tidak begitu menyokong tindakan yang dibuat oleh Fara.
"Saya berharap awak dapat mulakan kehidupan baru. Mulakan semula segalanya. Lepaskan dan redhakan semuanya.
"Ikhlaskan semua yang berlaku. Insya-Allah kita akan dapat hidup dan hati yang lebih tenang nanti.
"Hidup kita memang tidak lari dari salah dan silap. Tidak lepas dari dosa," tulis seorang netizen.
"Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Yang lepas, biarkan lepas. Move on. Apa awak dapat dengan buat begini?," sambung seorang lagi netizen.
Terdahulu, Fara telah memuatnaik sebuah video seorang individu tidak berbaju yang didakwa merupakan Shuk yang juga merupakan pengasas Semooth Cafe.
Sumber: Instagram Fara Salleh