Kredit foto: Instagram Aliff Syukri & Sinar Harian
Rozita Ibrahim menerusi ruangan komen laman sosial Instagram anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri menegur perbuatan jutawan kosmetik itu yang dikatakan tidak mengedahkan pandangan beliau sebagai seorang ibu.
Rozita berkata, dia berharap Aliff tidak bersubahat dengan golongan fasik kerana bimbang akan turut sama menerima bala seperti mereka.
Dalam masa sama, Rozita yang mesra dipanggil bonda, turut meluahkan rasa terkilan apabila Aliff lebih terbuka mengambil nasihat pelakon Wardina Safiyyah berbanding dirinya sendiri.
Kredit foto: Sinar Harian
"Mak tegur Kri (Aliff Syukri) tak dengar. Wardina tegur Kri siap pos komennya. Kalau mak tegur Kri padam. Mak dan semua orang sayang Kri. Kri insan baik.
"Jangan dekati kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima, ada hadisnya.
"Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga, takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
"Jauhi mereka wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku," komen Rozita yang meraih lebih 14,000 tanda suka daripada netizen.
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Bagaimanapun, Aliff akhirnya memadam video itu selepas dikritik hebat netizen di media sosial kerana tariannya yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan.
Terdahulu, melalui Instagram Aliff, rakaman yang dikongsi bersama 2.8 juta pengikut menayangkan beliau, Sajat dan Lucinta Luna menggayakan aksi tarian dinamakan #bobodimanadancechallenge bersempena dengan penerbitan single terkini mereka yang bakal dipasarkan tidak lama lagi.