Oleh pada 20 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri & Instagram Ali Puteh

    

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akui tertanya-tanya tentang punca pelawak Ali Puteh yang melenting terhadapnya di media sosial.

Aliff menganggap kehadirannya ke rumah balu Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan atau Abam, telah disalahertikan oleh pelawak itu yang juga merupakan adik kepada arwah.

   

ali puteh

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

     

"Saya tak faham, saya hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah sebab saya lihat dia memerlukan.

"Saya bertanya khabar dan saya disambut baik oleh mereka. Semua soalan yang saya tanya sudah dipersetujui mereka.

"Bukan saya suka-suka tanya, harap maklum jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang," katanya dalam entri di laman Instagram pada Rabu.

Aliff membuat kenyataan sebagai respon terhadap kiriman Ali di platform sama yang mendakwa kemunculannya di rumah Abam telah mengguris hati ibu dan keluarga arwah.

Terdahulu, usahawan itu merakamkan momen perbualan dengan isteri arwah Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali yang mana video itu dikatakannya bakal dimuat naik sebagai kandungan saluran YouTube TV Terlajak Laris.

Tindakan itu telah menimbulkan kemarahan Ali yang seterusnya mencabar Aliff untuk bersemuka dengan mereka sekeluarga.

    

isteri abam

Kredit foto: Instagram Ali Puteh

     

"Aliff Syukri... aku cabar kau jumpa aku dan keluarga.

"Dasar orang kaya yang mengambil kesempatan!" kata Ali di Instagram dalam kiriman terdahulu.

    

Sumber berita: “Kenapa macam nak gaduh? Saya hanya beri bantuan duit” - Aliff Syukri sedia bersemuka dengan keluarga arwah Abam

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)