Oleh pada 24 May 2019 kategori

saya pernah ketepikan keluarga gara gara lukai hati ibu wany hasrita mohon maaf 1

Kredit foto: Instagram @wanyhasrita

       

Meniti populariti sebagai insan seni dengan pelbagai godaan yang datang, tentu sahaja membuatkan seseorang selebriti itu mudah tersasar dari landasannya yang sebenar.

Apa yang lebih membungkam hati apabila hati ibu sendiri turut menjadi sasaran hingga dilukakan.

Mengakui melalui episod sama, penyanyi muda Wany Hasrita mendedahkan bagaimana apa yang berlaku ketika namanya di kemuncak telah membuatkannya 'tergelincir' gara-gara menurut darah muda.

“Saya pernah mengetepikan keluarga gara-gara mengejar perkara yang belum pasti membawa kebaikan. Saya sanggup lukakan hati ibu dengan mengingkari nasihatnya.

“Mujur saya cepat sedar perbuatan itu salah. Doa ibu yang tidak pernah putus membuatkan saya tersedar, apa yang saya kejar itu tidak menjamin kebahagiaan. Saya segera memohon maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan,” katanya kepada portal BH Online.

Baginya peristiwa itu dijadikan pengajaran dalam hidupnya hingga ada yang mengaitkan lagu terbaharunya, Terlalu Memuja dengan kisah sebenar dalam realiti kehidupannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas secara spesifik berhubung tindakannya sebagai anak yang telah melukakan hati si ibu itu.

        

saya pernah ketepikan keluarga gara gara lukai hati ibu wany hasrita mohon maaf 2

Kredit foto: Instagram @wanyhasrita

       

“Saya juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan. Perkara itu tidak semestinya berkaitan dengan cinta. Mungkin juga dari segi kerjaya,” katanya yang nekad menyimpan kemas rahsia.

Meskipun mengunci mulut kisah di sebalik lagu berkenaan, namun beliau memberitahu 'bayangan' kejadian tersebut terpapar dalam video muzik karya ciptaan Sharon Paul dan senikata tulisan Ahmad Fedtri Yahya itu.

“Sepatutnya rakaman video muzik itu dilakukan di Santorini, Greece. Namun, timbul masalah yang membuatkan hasrat itu tidak terlaksana.

“Saya tidak mahu mendedahkan apa sebenarnya terjadi, tetapi insiden itu membuatkan saya serik dan berhati-hati dengan sebarang tawaran yang datang.

“Kebetulan, pihak label didatangi sebuah agensi pelancongan lain yang sudi membawa kami ke Korea Selatan bagi menjalani penggambaran video muzik di sana. Selepas memastikan semuanya lengkap dan teratur, baru saya berani menyatakan persetujuan,” katanya.

      

Sumber berita: BH Online


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)