Baru-baru ini, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik status di laman Instagram miliknya dengan mengatakan kediaman sementara yang didudukinya mempunyai 8 bilik yang sempit.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikritik hebat para followernya yang mengatakan beliau kedengaran riak dan takbur.
Tidak cukup dengan itu, para netizen turut mendakwa jutawan itu bagaikan tidak tahu untuk bersyukur dengan rezeki melimpah ruah yang sudah dimiliknya.
Oleh itu, Datuk Aliff juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
Saya mohon maaf...ini jawapan saya kepada wartawan dan netizen..Viral issue rumah kecil..
Secara jujurnya saya amat bersyukur dan gembira duduk di rumah kampung saya ini untuk semntara waktu sementara menunggu rumah baru saya siap.. dan issue viral rumah yg sy katakan kecil 8 bilik ini sebab sblum ini rumah ini kelihatan cantik sebab bilik yg ada kelihatan cantik tanpa ada baju yg banyak dan serabut
Saya tak sengaja dan niat saya hanya nak share apa yang saya rasa ketika ini kepada rakan media sosial saya dan saya tak sangka ia menjadi issue ..
Saya mohon maaf jika ada yang terasa hati dan tersinggung dengan statement saya seblum ini.
Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri
Namun, ianya bagaikan sia-sia kerana dirinya masih dicemuh dan dikecam hebat oleh orang ramai.
Sumber berita: beritamemey.blogspot.com