Oleh pada 17 Jun 2017 kategori

maki pembantu rumah curi barang akhirnya datuk aliff syukri beri penjelasan 1

Kredit foto: The Malay Mail Online 

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan video amukan pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri terhadap pembantu rumahnya.

Dalam video berkenaan, Aliff mendakwa pembantu rumah beliau sebagai pencuri, malah turut mendedahkan beberapa bukti kepada tuduhan tersebut.

Bukan sahaja mengamuk, malah Aliff berhajat untuk membawa kes tersebut kepada polis.

Menerusi maklum balas di laman sosial kebanyakan netizen berada di pihaknya, namun ada juga yang menempelak tindakan Aliff kerana cuba mengaibkan orang lain.

Susulan itu, Aliff tampil dengan sebuah lagi video terkini untuk memberikan penjelasan sebenar apa yang berlaku di sebalik kejadian tersebut. 

Menerusi video ini, kelihatannya kes telahpun selesai apabila Aliff merendahkan diri beliau memohon maaf secara terbuka kerana kekasaran perilakunya dalam video terdahulu. 


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)