Oleh pada 09 Jun 2017 kategori

fesyen baju raya datuk aliff syukri dihentam ramai 1

Kredit foto: dianarashid.com 

Baru-baru ini usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri telah bermurah hati untuk berkongsi foto baju rayanya tahun ini.

Niat asal untuk meminta pendapat para pengikut Instagramnya tentang fesyen tersebut bertukar menjadi mimpi ngeri apabila beliau dihentam teruk oleh netizen.

Ramai yang sakit mata melihat gaya moden yang cuba ditampilkan dalam fesyen baju melayu tersebut.

fesyen baju raya datuk aliff syukri dihentam ramai 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Baju koleksi raya saya tahun ini.

Netizen bukan sahaja bengang dengan ciri-ciri moden dalam pakaian tradisional itu, malah paling membuatkan mereka meluat apabila ketiak Datuk Aliff turut sama terdedah kerana baju yang tidak berlengan.

Malah ada juga yang silau matanya dek kerana warna baju yang berkilat ala-ala fesyen K-Pop.

fesyen baju raya datuk aliff syukri dihentam ramai 3

 fesyen baju raya datuk aliff syukri dihentam ramai 4

Kredit foto: Beautifulnara 

Tidak dinafikan sudah menjadi kebiasaan bagi para pereka fesyen untuk memodenkan pakaian tradisional sedia ada. Namun perubahan yang dibuat haruslah berpada-pada dan mengambil kira pandangan masyarakat. Yang lebih penting, janganlah rosakkan identiti Hari Raya itu sendiri.


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)