Di negara-negara Afrika, selain kekurangan nutrisi makanan, keadaan kebanyakan rakyatnya yang tidak memakan selipar juga mendedahkan mereka penyakit yang berjangkit melalui kuman yang terdapat di permukaan tanah.

Seorang pemuda bernama Kenton Lee daripada Idaho telah merekabentuk satu selipar atau sandal untuk penduduk di Afrika yang mempunyai ciri-ciri berikut:

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Tahan Lasak - Selipar ini diperbuat daripada kulit dan campuran getah yang dijamin mampu bertahan selama 5 tahun.

2. Saiz boleh diubah - Ini merupakan ciri unik pada selipar ini. 3 bahagian pada selipar ini boleh dilaras seiring dengan pembesaran kaki si pemakainya. Dalam kata lain, apabila kaki semakin membesar anda tidak perlu membeli selipar lain sebaliknya hanya perlu mengubah saiz selipar tersebut mengikut keselesaan anda.

selipar boleh ubah size

Pada mulanya, Kenton Lee cuba mendapatkan kerjasama daripada jenama-jenama syarikat pembuat kasut besar dunia seperti Nike, Adidas dan Crocs malangnya tiada yang sudi bekerjasama untuk merealisasikannya. Beliau akhirnya menubuhkan sebuah organisasi kemanusiaan bernama Being International dan berjaya mendapatkan kerjasama dengan syarikat Proof of Concept daripada Oregon untuk mengeluarkan prototaip rekaannya itu pada tahun 2012.

prototaip selipar 925

Pada 2014, sebanyak 3000 pasang selipar itu telah disumbangnkan kepada beberapa negara seperti Kenya, Uganda dan Rwanda. Selipar ini direka dalam 2 saiz, kanak-kanak dan dewasa. Ianya boleh dibeli pada harga $12 hingga $30. Being International juga membuat tawaran kepada orang untuk memberikan sumbangan untuk pembelian selipar ini dan mereka merancang untuk menghantar lagi 5000 pasang selipar lagi.

Kredit: Smithsonian




Hakcipta iluminasi.com (2017)