Bra untuk mengesan kanser payu dara? Ya! Mungkin kedengaran agak pelik bagaimana bra yang dipakai oleh kaum wanita boleh diinovasi supaya dapat mengesan sekiranya mereka mempunyai simptom-simptom awal kanser payu dara tetapi itulah yang dicipta oleh seorang remaja, Julian Rios Cantu. 

Julian yang merupakan seorang remaja daripada Mexicoo mendapat inspirasi untuk mereka cipta bra tersebut selepas hampir kehilangan emaknya akibat kanser payu dara. Walaupun nyawa emaknya berjaya diselamatkan, kedua-dua belah payu daranya terpaksa dipotong. Ciptaannya itu diberi nama Eva.

BESARKAN TEKS     A-  A+

presentation eva bra

Dalam sebuah wawancara mengenai ciptaanya itu, beliau menceritakan ketika beliau berumur 13 tahun, emaknya telah didiagnos mempunyai kanser payu dara buat kali kedua. Pada mulanya, terdapat tumor sebesar biji beras dan ianya membesar menjadi sebesar buah golf dalam masa hanya 6 bulan. Malangnya, keputusan diagnos itu diketahui agak lambat sehingga ianya hampir meragut nyawa emaknya.

wearable bra

Beliau berpendapat, perkara ini mungkin dapat dielakkan sekiranya beliau dapat mengesan ketumbuhan tumor pada emaknya pada peringkat yang lebih awal. Dengan minat yang mendalam, dibantu dengan kemajuan teknologi beliau berjaya mencipta sebuah bra yang dapat mengesan simpton-simpton kanser payu dara pada si pemakainya.

Bagaimanakah bra ini berfungsi?

Menurutnya apabila terdapat ketumbuhan atau tumor pada payu dara, bahagian tersebut akan berubah teksturnya, lebih banyak dara pada tumor tersebut serta suhunya juga sedikit berlainan daripada bahagian payu dara yang lain. Bra yang dicipta akan dapat mengesan perubahan-perubahan ini dan sekiranya ada, si pemakai akan dinasihati untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Ini adalah demo bagaimana ciptaan Julian berfungsi:

Ciptaan ini telah mendapat pengiktiraan dalam Anugerah Pelajar Usahawan Global di Frankfurt, Germany. Walaunpun ianya masih lagi dalam fasa prototaip, ianya merupakan satu ciptaan yang membanggakan dan patut dipuji dalam usaha melawan penyakit yang menjadi antara pembunuh wanita seluruh dunia.

Kredit: Huffington Post / @julianrioscantu




Hakcipta iluminasi.com (2017)