Produktiviti kerja kita seringkali terganggu dengan kewujudan gajet (telefon pintar, tablet), penggunaan media sosial, keadaan sekeliling dan sebagainya. Apabila fokus kita terganggu, kita perlu mengambil masa beberapa minat untuk mendapatkan kembali fokus kita terhadap kerja yang dilakukan.

Kewujudan gajet seperti telefon pintar sememangnya faktor utama yang boleh mengurangkan produktiviti seseorang. Penggunaan media sosial dan aplikasi hiburan seperti Youtube memudahkan kita terleka daripada menyiapkan kerja yang dilakukan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tahukah anda, fungsi notifikasi yang diwujudkan di telefon pintar anda bukan sekadar memudahkan anda mendapat perkembangan terkini daripada aplikasi yang diguna dan dimuatkan dalam telefon pintar anda, tetapi sebenarnya bertujuan untuk "mengganggu" anda supaya membaca notifikasi tersebut di telefon pintar anda.

Contohnya, apabila rakan anda di Facebook meninggalkan komen di gambar milik anda, notifikasi akan muncul di telefon anda. Kemudian, anda menekan notifikasi tersebut untuk membuka aplikasi Facebook dan melihat komen yang ditinggalkan. Mungkin juga anda akan mengambil sedikit masa untuk membalas komen tersebut.

Malangnya, apa yang seringkali terjadi anda bukan sekadar membaca dan membalas komen tersebut, sebaliknya anda akan turu membuka laman hadapan untuk melihat "Timeline" yang memaparkan perkembangan daripada rakan-rakan anda pula.

Sedar tak sedar, rupanya anda sudah habiskan berjam-jam masa lamanya di Facebook sehinggakan kerja yang sepatutnya disiapkan tergendala. Pernah mempunyai pengalaman sebegini?

Topi penghalang gangguan

topi the isolator

Satu ketika dahulu, atau lebih tepat lagi pada tahun 1925, seorang individu bernama Hugo Gernsback telah mencipta sebuah topi atau helmet yang bertujuan untuk menghalang si pemakainya daripada mendapat sebarang gangguan.

Hugo Gernsback merupakan seorang penulis, ediitor dan pereka cipta. Kehidupannya yang sangat sibuk memerlukannya sentiasa fokus pada kerjanya. Maka, terhasillah satu idea untuk membantunya kekal fokus dengan mengelakkan sebarang gangguan daripada keadaan sekelilingnya, seterusnya meningkatkam produktivitinya.

Topi yang diberi nama "The Isolator", sesuai dengan namanya itu yang bermaksud untuk tujuan isolasi, bertujuan mengelakkan si pemakai terganggu dari sebarang bunyi, pemandangan malah gangguan bau sekalipun. Rekabentuknya mungkin sedikit jangkal, umpama sesuatu yang anda mungkin lihat dalam filem sains fiksyen.

topi tingkatkan produktiviti

The Isolator adalah sebuah topi yang akan menutup keseluruhan kepala si pemakai. Memandangkan topi ini menutup keseluruhan kepala di pemakai sehingga ke bahu, ianya disambunglan dengan tangki oksigen untuk tujuan pernafasan. Topi ini diperbuat daripada kayu dan didakwa dapat menghalang sehingga 95 peratus daripada bunyi disekeliling anda.

Apabila memakai The Isolator, ianya umpama anda berada dalam dunia sendiri tanpa sebarang gangguan daripada sekeliling. Jadi sudah tentulah anda dapat meningkatkan produktiviti anda bukan?

Di bahagian hadapan topi ini, terdapat dua lubang yang ditutup denngan gelas bagi membolehkan si pemakainya melihat. Walau bagaimanapun, ianya cukup kecil bagi menghadkan pandangan si pemakai hanyalah terhadap kerja yang sedang dilakukannya dan terhalang daripada melihat persekitaran sekeliling yang mungkin mengganggu fokus.

Sekadar konsep

hugo gernsback

Menjadi seorang penulis majalah, jurutera dan juga seorang pereka cipta, topi The Isolator ini tidak pernah direalisasikan. Ianya sekadar konsep asal oleh Hugo Gernsback. The Isolator pertama kali dipaparkan dalam majalah milik Hugo Gernsback sendiri, Science and Invention yang diterbitkan pada tahun 1925.

Diterbitkan antara bulan Mei 1913 hingga Ogos 1929, majalah Science and Invention ini diterbitkannya untuk menggalakkan dan meraikan rasa ingin tahu saintifik dan eksperimen saintifik bagi golongan amatur.

Hugo Gernsback memulakan majalah ini untuk mempamerkan eksperimen saintifik dan penemuan baru. Pada tahun 1926, beliau melancarkan majalah fiksyen ilmiah Amazing Stories, majalah pertama yang hanya dikhaskan untuk apa yang disebutnya sebagai "ilmiah". Disinilah idea mengenai The Isolator diterbitkan dan mula popular.

Hugo Gernsback memutuskan bahawa majalah fiksyennya hanya akan memuatkan kisah-kisah yang seolah-olah akan berlaku pada masa akan datang atau melibatkan unsur-unsur sains dan teknologi yang diimaginasi akan berlaku pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, idea The Isolator ini menimbulkan persoalan apakah gangguan sekeliling yang wujud pada itu begitu teruk sehingga tercetusnya idea untuk menghasilkan topi ini. Jika dibandingkan dengan kewujudan gajet pada zaman masa kini, sudah tentulah kita sebenarnya yang memerlukan sesuatu seperti The Isolator untuk mengurangkan gangguan ketika bekera dan meningkatkan produktiviti.

Bapa Sains Fiksyen

hugo gernsback 595

Walaupun The Isolator tidak pernah direalisasikan, ideanya ini wajar dipuji walaupun dilihat mengarut atau pelik. Walaupun tidak semua idea Hugo Gernsback direalisasikan, cadangan, spekulasi dan ideanya telah memberi inspirasi kepada lebih ramai saintis dan penulis sains fiksyen sezaman dengannya.

Setelah kematiannya pada 19 Ogos 1967, beliau dikatakan telah mendaftarkan 80 paten atas namanya. Paling penting, beliau adalah individu yang mempopularkan genre sains fiksyen.

Sumbangannya untuk genre ini sebagai penerbit sangat penting sehinggakan bersama dengan novelis H. G. Wells dan Jules Verne, beliau kadang-kadang digelar sebagai "Bapa Fiksyen Sains".

Selain itu, Anugerah Pencapaian Tahunan Persatuan Sains Fiksyen Dunia yang ditubuhkan pada tahun 1953, diberi nama "Hugos" sebagai pengiktirafan atas karya hebat yang dilakukannya untuk mempromosikan genre ini. Beliau juga merupakan salah seorang yang namanya diabadikan sebagai ahli Hall of Fame Sains Fiksyen.

Kredit:

  1. Smith Journal
  2. Interesting Engineering
  3. Bored Panda



Hakcipta iluminasi.com (2017)