Oleh pada 08 Nov 2017 kategori

kontroversi stephen hawking dan alien

Ramai pasti terkejut apabila membaca tajuk ini kerana hampir semua orang mempercayai bahawa kewujudan alien hanyalah mitos semata-mata. Tiada sapa yang dapat buktikan kewujudan alien namun tiada juga mampu membuktikan bahawa alien tidak wujud.

Hari ini iluminasi ingin berkongsi satu topik yang menarik diperdebatkan oleh pakar fizik dalam bahagian kosmologi, Dr. Stephen Hawking dan juga pakar-pakar dan presiden METI (Messaging Extraterrestrial Intelligence) iaitu sebuah organisasi yang sedang cuba berkomunikasi dengan alien selain mengkaji kewujudan makhluk lain di luar angkasa dan alam semesta yang kita tinggal hari ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berkomunikasi dalam masa 10-20 tahun

alien

Presiden METI iaitu Dr. Douglas Vakoch telah mengetuai organisasi ini dalam mengkaji kewujudan alien ini. Mereka telah menghantar signal radio ke luar angkasa lepas dan sedang mengharapkan agar mereka akan mendapat respons daripada pihak luar angkasa tersebut. Dia menjangka kita mampu berkomunikasi dengan alien dalam jangka masa 10-20 tahun jika kita mampu bersabar dalam tempoh itu.

Namun, tindakan presiden METI mendapat kritikan ramai pihak terutamanya daripada pakar kosmologi iaitu Dr. Stephen Hawking. Dia berkata bahawa kita perlu membuat langkah yang bijak kerana jika kita cuba membuat hubungan dengan hidupan di luar angkasa, berkemungkinan besar mereka lebih bijak dan mempunyai teknologi yang lebih hebat daripada manusia.

Ini boleh membahayakan manusia kerana kita tidak mengetahui kemampuan alien-alien atau makhluk-makhluk yang wujud di luar angkasa lepas. Dr. Vakoch dengan teknologi yang kita ada, kita mampu menemui hidupan di luar bumi terutamanya di kosmo (luar angkasa) tetapi ini menimbulkan banyak persoalan kerana jika wujud sekali pun, adakah kita patut cuba membuat hubungan dengan mereka?

Menghantar frekuensi ke angkasa lepas

radio signal angkasa lepas

Selain menjadi presiden METI, Dr Vakoch juga merupakan seorang ahli aktif bagi Institut Antarabangsa bagi Undang-Undang Angkasa Lepas selain merupakan pengerusi Akademi Angkasawan Antarabangsa (IAA). Dalam temu ramah bersama Futurism, dia berkata semasa Frank Drake (ahli astronomi) membuat pencariannya pada tahun 1960 tentang makhluk asing, dia hanya menghantar satu frekuensi.

Frank juga telah mengawasi asteroid selain menghantar signal ke angkasa lepas dalam membuat percubaan untuk menghubungi makhluk asing. Pada zaman sekarang, kita boleh menghantar berbillion billion jenis frekuensi ke luar angkasa jika dibandingkan pada setengah abad lalu yang hanya mampu mengeluarkan satu frekuensi.

meti

Tindakan METI dan Dr Vakoch ini mendapat tentangan ramai orang kerana mereka telah diberi amaran oleh ramai pihak tentang tahap kepandaian makhluk asing ini mungkin akan membawa padah. Ramai pihak yang menganggap tindakan METI dan Dr Vakoch ini merupakan tindakan yang kurang bijak kerana akan membahayakan seluruh umat manusia.

Dr Stephen Hawking juga berkata " jika kita cuba untuk menghubungi makhluk asing ini, mereka mungkin berkali-kali ganda lebih berkuasa daripada kita dan mereka juga mungkin hanya melihat kita seperti kita melihat bakteria". Namun, apa yang dikatakan oleh Dr Hawking ini tidak diambil mudah oleh Dr Vakoch.

Dr Vakoch Sangkal Pendapat Stephen Hawking

dr douglas vakoch

"Jika seorang ahli fizik yang hebat sudah berkata kita "apa pun anda buat, kita tidak mahu alien datang ke bumi", sudah tentu anda akan mengambil perkara ini dengan secara serius." kata Dr Vakoch. Namun dia juga percaya yang jika makhluk asing wujud sekalipun, mereka tidak akan memusnahkan kita.

Dr Vakoch percaya bahawa jika mereka memusnahkan kita, mereka sudah tentu melakukannya dari dulu lagi. Kita sudah menghantar signal radio selama 78 tahun dan jika wujud tamadun lain di angkasa lepas, sudah tentu mereka mendapat signal kita. Sejak dua setengah billion alam semesta wujud, semua makhluk mengetahui terdapat hidupan di bumi kerana adanya oksigen.

alien menyerang

Namun jika terdapat makhluk asing di luar angkasa lepas yang takutkan persaingan, sudah tentu mereka telah memusnahkan kita dari dulu lagi. Dr Vakoch juga percaya bahawa lebih baik jika kita menyiapkan strategi untuk menjadi kawan kepada makhluk asing ini jika mereka dalam perjalanan datang ke bumi.

Stephen Hawking masih lagi percaya bahawa jika adanya makhluk asing, umat manusia akan dimusnahkan daripada bumi. Mereka akan menghantar tentera mereka untuk menghapuskan kita tidak kira cara apa sekalipun. Berlainan pula dengan saintis lain yang mempercayai ini merupakan satu tindakan membawa umat manusia ke satu tahap yang lebih hebat.

sumber: Movie Web




Hakcipta iluminasi.com (2017)