Dalam kehidupan seharian kita, pasti acapkali kita terjumpa penggunaan istilah 'pekerja kolar putih' atau 'pekerja kolar biru' diungkapkan, bagi menggambarkan jenis-jenis pekerjaan yang dilakukan oleh setiap individu.

Penulis sendiri banyak kali menemui penggunaan warna-warna kolar ini dalam artikel dan jurnal yang dibaca, namun jarang sekali benar-benar berusaha mencari makna sebenar disebalik istilah pekerjaan mengikut warna kolar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak bilakah kategori pekerjaan dibezakan dengan menggunakan warna kolar sebagai pengenalannya dan kenapa hanya warna-warna tertentu dipilih?

Sejarah awal pekerja kolar putih

kolar putih

Penggunaan warna kolar untuk mendefinisikan jenis-jenis pekerjaan sebenarnya bermula agak lewat, sekitar awal abad ke 20 walaupun kolar baju yang kita kenali sekarang sudah direka pada abad ke 19.

Penggunaan pertama istilah 'pekerja kolar putih' menjadi pemula kepada penggunaan istilah seumpama itu, dalam artikel-artikel di Amerika Syarikat sejak tahun 1911 bagi menggambarkan jenis pekerjaan yang tidak sukar serta membolehkan kolar putih, kekal putih. Sekitar tahun 1920-an, artikel-artikel berkenaan pekerjaan kerap kali menamakan 'pekerjaan kolar putih' sebagai idaman anak muda zaman tersebut selepas tamat sekolah, kerana gajinya yang lebih lumayan dan kerja tidak teruk.

Walaupun begitu, istilah 'pekerja kolar putih' menjadi sangat popular selepas digunakan oleh seorang penulis bernama Upton Sinclair dalam tulisannya sekitar tahun 1930-an, selepas dia mendefinisikan istilah itu dengan lebih terperinci mengambil inspirasi daripada budaya pekerja pejabat di Amerika Syarikat dan Eropah yang gemar berkemeja putih ke pejabat.

Upton Sinclair dikreditkan sebagai pemula kepada tren menggunakan warna kolar bagi melambangkan kelas atau kategori pekerjaan seseorang. Berikutan populariti tulisan Sinclair, muncul banyak lagi kelas pekerjaan yang dinyatakan dengan warna kolar baru muncul.

Jenis-jenis warna kolar yang biasa kita dengarkan

pekerja kolar putih

Ada beberapa jenis warna kolar yang selalu digunakan, berikutan majoriti antara kita layak diletakkan dalam kumpulan tersebut.

Pekerja kolar putih didefinisikan sebagai mereka yang bekerja dalam pejabat, berada dalam suasana selesa. Golongan ini juga boleh dikategorikan sebagai individu professional yang makan gaji, mereka yang berpendidikan dan melakukan tugasan semi-professional, kerja-kerja pengurusan, kerja jualan dan tidak melibatkan sebarang kerja berat atau fizikal.

Kumpulan pekerja kolar biru pula mula mewakili mereka yang melakukan kerja-kerja manual atau kasar, serta dibayar gaji mengikut jam. Pekerja kolar biru tidak semestinya mesti berkemahiran tinggi kerana kategori ini memerlukan seseorang individu itu terlibat dengan kerja-kerja rutin seperti penyelenggaraan, perlombongan, pembinaan, kerja-kerja mekanikal dan pembaikian, tak kiralah dia berkemahiran tinggi atau rendah.

Kenapa mereka digelarkan kolar biru? Punca warna biru dipilih adalah disebabkan oleh warna pakaian pekerja rencam yang kebiasaannya berwarna biru. Ini disebabkan oleh jenis fabrik yang dijadikan pakaian mereka lebih lasak dan kain yang ada, selalunya berwarna biru sahaja.

definisi pekerja kolar putih 837

Gambar Sifu Dr Azizan Osman Sebagai Hiasan Semata-mata

Siapa pekerja kolar merah jambu di sini? Pekerja kolar merah jambu pula merupakan mereka yang terlibat secara langsung dengan pekerjaan berkaitan perkhidmatan, seperti pelayan, jurujual langsung, tukang gunting rambut atau pengasuh tadika.

Warna kolar ini mula popular selepas penulis Louise Kapp Howe menggunakannya pada penghujung dekad 1970-an bagi mewakili kumpulan wanita yang bekerja sebagai setiausaha, jururawat dan guru tadika. Walau bagaimanapun, istilah ini boleh digunakan untuk mana-mana jantina.

Ada tak pekerja warna kolar yang lain?

pekerja kolar biru

Ada. Salah satu warna kolar yang jarang kita dengar adalah kategori pekerja kolar kelabu. Berbeza dengan pekerja kolar putih dan biru, pekerja kolar kelabu adalah mereka yang mempunyai kemahiran melakukan gabungan kedua-dua keperluan kerja kolar putih dan biru.

Individu seperti jurutera perlu melakukan kerja pengurusan di pejabat dan juga perlu mahir menangani kerja-kerja manual yang diperlukan - menjadikan mereka pekerja kolar kelabu. Guru, ahli bomba, juruterbang, pegawai polis dan peramugari merupakan pekerjaan lain yang layak dikatakan 'kolar kelabu.'

Ada juga satu kategori khas 'pekerja kolar hijau' yang hanya melibatkan individu yang bekerja dalam bidang profesion melibatkan alam sekitar dan pengurusan tenaga hijau.

Tidak lupa juga kumpulan individu yang 'bekerja' dalam industri seks, mereka dikategorikan sebagai 'pekerja kolar merah' di mana-mana negara yang mengiktiraf pekerjaan mereka. Walau bagaimanapun di negara China, masyarakat negara itu sudah biasa menggunakan istilah 'pekerja kolar merah' sejak tahun 1990 bagi mewakili penjawat awam negara mereka. Kita harap tidak ada berlakulah kekeliruan seandainya ada di antara anda berpeluang melawat China.

Warna-warna lain yang ada adalah pekerja kolar oren yang mewakili pekerja daripada golongan banduan dan pekerja kolar hitam yang biasanya mewakili individu yang tugasnya memerlukan dia berada dalam keadaan comot, seperti penggali minyak atau pelombong arang batu.

Rujukan

SZTE Repository of Papers and Books




Hakcipta iluminasi.com (2017)