Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Malay Mail Online / Mukhriz Hazim

Sebuah kebakaran didedahkan berlaku di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Sehingga pukul 12.20 tengahari, sebab dan kesan kejadian masih tidak diketahui.

Ketika ini, foto serta video kejadian kini dikongsi oleh pengguna jalan raya menerusi media sosial.

Menurut laporan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat, buat masa ini, 40 peratus bangunan yang secara keseluruhan mempunyai sejumlah enam tingkat itu rosak dalam kebakaran terbabit.

Seramai 39 anggota penyelamat dari beberapa buah Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Petaling Jaya, Hang Tuah dan Pelabuhan Klang telah dikerahkan ke tempat insiden pada pukul 11.58 pagi sebaik setelah pihak bomba menerima panggilan berkaitan kejadian berkenaan 5 minit lebih awal.

Sehingga kini, kakitangan KWSP yang ada di dalam bangunan itu didedahkan selamat. 

 

Sumber berita: Astro Awani




Hakcipta iluminasi.com (2017)